my gread post

Friday, February 28, 2014

Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?Wanita tercipta dari rusuk lelaki. Wanita itu sayap kiri lelaki. Wanita berhati lembut dan kuat emosi. Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu… Wanita dicipta untuk menjadi ibu. Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan.. Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia.. Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya.. Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran.. Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa.. Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki.. Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda..

Monday, February 24, 2014

Jatuh cinta, perbezaan perempuan fasik dan perempuan solehah

bismillahirohmanirohim...

Allah SWT berfirman : ﺃَﻓَﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ
ﻣُﺆْﻣِﻨًﺎ ﻛَﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓَﺎﺳِﻘًﺎ ۚ ﻟَﺎ ﻳَﺴْﺘَﻮُﻭﻥَ
‘Apakah sama orang-orang yang
beriman itu dengan orang-orang
yang fasik? Mereka tidaklah
sama.’ [As-Sajdah:18] Fasik
bermaksud orang yang suka
melanggar perintah Allah SWT
secara berterusan.

Perempuan yang fasik akan jatuh
cinta kepada lelaki yang kacak,
lelaki yang pandai mengurat dan
memikat dirinya. Ada pula
sebahagiannya suka lelaki yang
pandai berjenaka, kelakar dan ada
ciri-ciri ‘humor’ serta pandai
melayan dan selalu membuatnya
gembira. Ada pula perempuan yang
suka lelaki yang pandai memuji dan
bermain bahasa lagi puitis, bersajak
dan bersastera. Biasanya penampilan
lelaki yang disukai ialah jenis
ranggi, lelaki yang ‘update’ dengan
fesyen semasa dan bergaya maskulin
serta kelihatan ‘macho’.

Manakala perempuan yang beriman,
mereka akan jatuh cinta kepada
lelaki yang berusaha menjaga diri
dari perkara yang haram, lelaki yang
berjuang untuk agama, lelaki yang
taat kepada Allah dan Rasul, lelaki
yang mengikut sunnah dan lelaki
yang berjihad di jalan Allah SWT.
Mereka suka lelaki yang
berpenampilan seperti berjanggut,
lelaki yang berpakaian sopan dan
beradab, lelaki yang berakhlak
serta berwawasan untuk Islam.
Semakin lelaki itu tawadhuk dan
tegas terhadap syariat Allah
semakin disukai oleh mereka.

Tuesday, February 11, 2014

Have funn..(^_^)v

Some points yang dapat semalam from Ceramah Perdana by Habib Ali Zaenal Abidin. Di Masjid Al Mardhiyah, Taman Melawati.

•Ilmu itu dtgnya dari yang Maha Berilmu.

•Yang takut kepada Allah, ialah Ulamak.

•Semua yang bernyawa akan merasai kematian.

•Nikmat Syurga itu membuat kita lupa dengan kesusahan yang dialami-titian sirat, neraca mizan, azab kubur..

•Keredhaan Allah itu JAUH LEBIH BESAR.

•Kita hidup kt dunia ni, taknak benda lain selain REDHA Allah Taala. Itu yg paling penting.

•Cara untuk mendapatkan keredhaan Allah 1)Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Ibu Bapa. Redha Allah terletak kepada Redha Ibu bapa. MUrka Allah terletak kepada Murka Ibu Bapa.

2)Zikir yang dibaca oleh Rasulullah SAW. -"Radina billahi rabba, wabil islami dina, wabiMuhammad Nabiyya, Warasulan." "Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi kami".--Sesiapa yang membaca zikir ini pada pagi dan petang akan masuk syurga.

•Wahai Sahabat, kita seharusnya mempercepatkan melakukan amalan sebelum ajal sampai. Bersegeralah melakukan taubat sebelum ajal datang kepada kita.

•Dalam kubur nanti, akan ada himpitan kubur, ianya bergantung kepada amalan buruk dan baik kita di dunia ni.

•Jaga HAK Allah, jaga HAK Rasulullah SAW, Jaga HAK Kaum Muslimin. -Jangan memaki orang lain, Hati yang lapang memaafkan orang lain. Amar Makruf Nahi Mungkar. LAKUKAN PERINTAH ALLAH TINGGALKAN LARANGAN ALLAH. Jalankan Sunnah Rasulullah SAW. Bukan sunnah kahwin 4 je nak jalankan nuuu, solat malam, qiam, solat2 sunat tu tegakkan dulu sebelum nak pikir tambah satu.

Wallahutaala a'lam.

Monday, February 10, 2014

Alhamdulillah Ya Allah...

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…Amin Ya Rabbal Alamin