my gread post

Thursday, January 30, 2014

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAAT


Di antara waktu yg paling mustajab utk didik anak ialah dgn memberi nasihat selama 30 -60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dgn bercakap dlm hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak & beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid/ surau

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (spt lepas kena marah).

Pastikan anak2 mkn mlm sebelum maghrib (ikut Sunnah) utk mudah belajar di waktu mlm. Jika anak tak habis mkn, tak salah utk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, drp MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat org Melayu saja yg menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak2 nak mkn dulu sbb ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UTK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan & lauk pauk lebihan anak2. Malahan, makanan utk pembantu rumahpun patut di asingkan utk menghargai mrk. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab utk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

- Dato Fadzillah Kamsah-

Tuesday, January 28, 2014

Apakah gred kita dalam solat??

Gred E

Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

Gred D

Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

Gred C

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

Gred B

Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.

Gred A

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.

Apakah gred solat kita?Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat kita macam mana?Ingatlah.! solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.

Jom muhasabah..

Thursday, January 23, 2014

Cinta high class

" Setiap yang bertunang atau ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta, sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar..

Kalau kamu berCouple, berKawan-Kawan 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia.

Yang kamu kenal ialah lakonan dia. Buang masa je kalau kita kata nak kenal dulu sebelum nikah, kita hanya mengenal seorang Pacar bukan seorang Suami, sebab masa berkasih yang kita cari hanyalah Keindahan-Keindahan. Kita cari hanyalah keseronokan.

Masa berkahwin kita kenal dia, kelemahan dan kebaikan dia. Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia dan kalau kita berPacaran, berCouple sebelum nikah ini, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumah tangga kita nanti.

Sebab, masalahnya dik. Ada masalah yang kita undang, ada masalah yang tak diundang ye. Yang diundang ini ialah bila kita sekarang tak setia, kita sekarang tak ambil Allah nombor 1. Bila kita sekarang sanggup dekati jalan-jalan zina, dah nikah nanti pasangan kita dok Fb dengan suami orang, pasangan kita dok Fb dengan isteri orang, JANGAN TERKEJUT.

Kalau dia tawarkan cinta kepada adik. Dia puji kecantikan wajah adik. JANGAN TERKEJUT nanti dia jadi Mata Keranjang. Kalau caranya itu tak meletakkan Allah nombor 1. Tak takut pada Allah. Dia sedang persembahkan cinta yang rapuh, yang sementara. Dan cinta itu Takkan Bahagia.

Tapi kalau kita ambik sebab cinta itu kerana Agama dan Akhlak kerana Allah, Allah takkan lenyap. Cinta itu takkan lenyap."
#Ustazah Fatimah Syarha.

*Kata Kata ini menjadi inspirasi buatku. Menetapkan sama ada aku harus memilih cinta yang biasa-biasa sahaja Atau Cinta High Class. Dan aku tetap tekad dengan pendirianku. Aku memilih Cinta High Class. Semoga bermanfaat buat kalian. Duhai Muslimah, jadilah wanita yang mahal bukannya murah. Peliharalah maruahmu. Jadilah permata yang dicari.
*MOGA ALLAH REDHA. :')

Surah Al-Ikhlas

"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI" Keberkatan surah al-ikhlas Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum Masuk Ke Rumah Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Ketika Sakit. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Khatam al-Quran Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s. Nota Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil ?Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an?Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?Kenapa masjid semakin kecil ?Tapi bar dan club? semakin besar?Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS?Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?Pikirkan itu Apakah anda akan memforward pesan ini?Apakah anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan dengan yang lain ?Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..." Ada 2 pilihan untuk anda. 1. Biarkan didalam whatsapp anda tanpa bermanfaat untuk org lain. 2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. . Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. SUBHANALLAH..! I hope today Ya ُهّللَا : ✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini ✔ Lapangkanlah hatinya ✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan ✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan ✔ Mudahkan segala urusannya ✔ Kabulkan cita-citanya ✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar ✔ Jauhkan dari segala Musibah ✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan ✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

نْيِمَلاَعْلا َّبَر اي َنْيِّمآ Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

نْيِمَلاـــَعلاَّب َر اَي ...ْنّيِمآ ...ْنّيِمآ Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.

Wednesday, January 22, 2014

Bahasa syurga II

Jom belajaq Bahasa Arab..kalau salah teguq nah..

*Lau samahta-excuse me
*naltaqi ghadan-jmpa lg esok *tafadhol-silakan
*la a'drid-saya xtau
*ma fi musykilah-xda masalah *waiyyaka-dan keatas kamu juga *ijtihad wala taksal-bersunggu2lah kamu & jgn mlas
*man enta/enti-siapa kamu
*ana tolib/tolibah -saya plajr pmpuan
*masmuki/ka -apa nama kmu
*kam umrika/ki-brapa umur kamu *maza tuhibbu-apa yg kamu suka *aina tazhabu-kemana kamu prgi *maza tafa'l-apa yg kmu sdg buat *aina taskunu-dimana kmu tggal *hal solaitul zuhri-adakah kamu tlh solat zohor
*maza takkul-apa yg kmu mkan *maza tashrab-apa yg kmu minum *hal aindaka mushkilah-kamu ada masalah ka?
*Afham-saya faham
*ana syab a'n-saya kenyang
*ana ta'ban-saya letih
*ana na'san-saya ngantuk
*ana jua'an-saya lpar
*la afham-saya x faham
*la adri-saya x mau
*ismahli lil khuruj -izinkan sy keluar
*uwafiq-saya setuju
*ahsanta-kamu bgus
*ismah li,al ghoda' jahiz-makanan tgah hari dah siap
*samihni a'la taqsir-minta maaf ats kekurgn diri sy
*Sobahal khoir-slamat pg
*haiyya-ajak
*haiyya bina-terima pelawaan kwn (jom )
*sa azhabu ila-saya nak pi ke.. *Tafadhol bil julus-sila duduk
*asif,ta akhortu-maaf,sy terlewat *asif,taraktu al kitab fil baiti-sory,tertingai buku dkt rumah
*asif a'la iz aj-sori kacau
*asif,ana masyghulun jidan-sori sy sibuk
*asif marratan ukhra-boleh ulang smula?
*La afham syai an -saya x faham ;-( *kam samanun?-berapa ringgit?
*Mata tuftah ad dukhan?-kdai buka bila?
*Lau samahta,uridu as syai-saya nak ayaq tea..
*as syai tu tea lau samahta,man yatakalamu ma'a?-sapa cakap tatau ni (telefon)
*hal yumkinu an atakalam ma'a acik-saya nak ckp dgn acik
*Mabruk a'la najahika fil imtihan-tahniah bjaya dlm exam
*sa idni-tolong saya
*hal yumkinu an usa i'duka?-nak pertolongan dak?
*Ahsanta-awak bgus
*mumtaz-cmrlang
*lahzotan min fadlik-sat,tggu sat *ma amaluka-hang nak jadi pa?(impian)
*hal tahduru faslu idofi-nak mai tusyen dak
*haiyya narjiq ma'a-jum blik sekali *La tansa da'wati-jgn lupa jmputan tu
*ad uka ila makdubati fi baiti-jom makan kat rumah aku
*asta'ziru,ghadan lan ahdhoru-sory,esok aku x mai
*samihni a'la taqsiri-maaf atas kekurangan aku
*aina taqou'-tanya tempat

Tuesday, January 21, 2014

Couple/berpasangan

Assalamualaikum....

Dulu aku pun tak tahu. Aku jahil dimasa lalu.

Bercinta. Rasa sweet gila bersama-sama. Suka duka sharing together. No wonder la makin lalai, makin leka.

Now, bila dah sedar, rasa bersalah. Apa dulu yang kita buat semua dosa.

Saya beri 3 situasi orang bercinta. Last nanti compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama : Orang bercinta, malam mesti call kan? Bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkk gilaaa missed call, sms daripada si dia. Kita jenuh gelabah nak jawap apa kat dia nanti. Jenuh duk pikir ayat. Kang kata tertidur sentap pulakkk kan? Dia dah lah buat super savers la apa semata-mata nak bercakap dengan kita. Hmm macam mana ye?

Situasi kedua : Bila kita cinta someone, kita sanggup oiii peghabihh duit semata-mata untuk dia. Topup RM5, RM10, RM30 dan RM100 pun sanggup. Semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si dia. Kering poket pun tak pe, demi membuktikan cintaku padamu. Hahaha!

Situasi ketiga : Bila kita ni memang sayang gileee le dekat die, haaa mesti duk angau kan? Pantang bebenor dengor oghang bercerita tentang die, mule le kite rasa semacam. Hati berbunge-bunge. Apatah lagi kalau orang bercerita tentang keindahan dan kelebihan die depan2 kite. Fulamakkk wey, boleh tak tidor malam teman. Ate duk ghenyih sorang2. Hahaha. Ghenyih : senyum. Betul kan?

Now, cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah. Situasi pertama : Kita sanggup kan call malam2? Sampai bila kita tertidur pun kita ghase takot bebenor nak ngaku pada si die. Tapi PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah kita sanggup BANGUN MALAM, semata-mata untuk ALLAH? Apakah aku sanggup BERTAHAJJUD mencari keredhaan-Nya. Pernah tak kita bangun malam semata-mata untuk Allah selama ini? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi kedua : Kita sanggup peghabih duit berpuluh/beratus semata-mata nak berbual dengan si dia. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR?Apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH/BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara2 ku di JALAN ALLAH? Kita selalu derma RM1, RM2? Pejam mata je JANJI untuk AMAL KEBAIKAN?Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi ketiga : Duk angau. Dengor je name die bergetor ghase hati. Apatah lagi bile dengor orang duk puji die depan2 kita kan? Tapi PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Bila ustadz/ustadzah/sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI kita? Pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? Pernah tak bertambah RASA CINTA, KEIMANAN kita pada Allah bila mengetahui kekuasaan-Nya? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Sahabat, aku dulu jahil sahabat. Aku juga pernah lalui tiga situasi itu.

Aku juga pernah bercinta sahabat. Namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta di jalan yang haram.

Apa yang bakal aku katakan pada suami/isteri aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?

Sahabat, kita belum lagi terlambat. Post ini aku TIDAK tujukan kepada sesiapa. Aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan, kerana apa?

Kerana aku rasakan terlalu banyak status2 di facebook/twitter ditujukan buat yang bukan halal.

Boleh berkasih. Ya, boleh. Berkasih kerana Allah s.w.t..

Nak tahu macam mana pasangan tu terbaik untuk kita? Tengok macam mana dia offer cintanya pada kita.

Mengajak kita bercouple atau bernikah?

Jawapan kepada semua situasi tadi, kita sahaja yang tahu. Simpan. Muhasabah diri. Belajar cintakan Ilahi. Jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.

Jika diri masih muda, kejar ilmu Allah dulu. Masih banyak yang belum kita tahu. Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. Insya'Allah, bahagia dunia, bahagia akhirat.

# Maafkan saya jika post ini membuat sesiapa terasa hati. Saya rasakan saya patut memberi nasihat di sini kerana saya masih belum mampu memberi nasihat secara berdepan. Masih selemah-lemah iman. Wallahu a'lam bissowab.o

Wednesday, January 15, 2014

Dua Belas Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Bismilahirrahmanirrahim

Pada hari kiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafaat, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yg lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di dunia, yg mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang mukmin. Di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu:

Pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yang didoakan oleh para malaikat, dan

Kedua; golongan orang yg sengsara, yakni mereka yg dilaknat oleh para malaikat.

Apakah ciri-ciri golongan yang didoakan oleh para malaikat?

1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37)

2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'." (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

3) Org-org yg berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"(Hadis Riwayat Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4) Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)

5) Para malaikat mengucapkan 'Aamiiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan di ampuni dosanya yang masa lalu" (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 782)

6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' " (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7) Orang-orang yg melakukan Solat Subuh dan Solat Asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Para malaikat berkumpul pada saat Solat Subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu Solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga Solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat' " (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 9140, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8) Orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan." (Hadis Riwayat Muslim dari Ummud Darda' r.a., Sahih Muslim no. 2733)

9) Orang-orang yang berinfaq di jalan Allah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut' " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)

10) Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Thabrani dari Abdullah bin Umar r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhiib wat Tarhiib I/519)

11) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh"(Hadis Riwayat Ahmad dari Ali bin Abi Thalib k.w, Al-Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkata, "Sanadnya sahih")

12) Seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya, dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a., disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Kitab Sahih At-Tirmidzi II/343)

Allah SWT. berfirman maksudnya : "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (Surah Al-Anbiyaa' ayat 26-28)

Begitu mulianya kedudukan para malaikat, kerana mereka termasuk dalam golongan makhluk Allah SWT yang selalu dikabulkan doanya. Para malaikat tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini juga bermakna, para malaikat tidak pernah mendoakan seorang hamba kecuali orang-orang yang diredai oleh Allah SWT. Maka lakukankanlah amalan-amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh para malaikat.

Doa-doa Mustajab Yang Perlu Di amalkan Setiap Hari

.

Bismilahirrahmanirrahim

Terdapat beberapa doa-doa yang akan muktabar dan yang akan mengikat hubungan hati kita dengan Allah SWT dan perlu kita amalkan di dalam kehidupan kita :

1. Doa pengikat kasih dan menyatukan kesefahaman :

اَنْيَلَعاَهَّمِتَأَواَهْيِلِباَقَو اَهِبَنْيِنْثُم،َكِتَمْعِنِل َنْيِرِكاَش اَنْلَعْجاَو ُمْيِحَّرلا ُباَّوَّتلا َتْنَأَكَّنِإ اَنْيَلَع ْبُتَو اَنِتَيِّرُزَو اَنِجاَوْزَأَو اَنِبوُلُقَواَنِراَصْبَأَواَنِعاَمْسَأ ىِفاَنَل ْكِراَبَو َنَطَباَمَواَهْنِم َرَهَظاَم َشِح اَوَفْلااَنْبِّنَجَو،ِروُّنلا ىَلِإ ِتاَمُلُّظلا َنِماَنِّجَنَو َِمَالَّسلا َلُبُساَنِدْهاَو،اَنَنْيَب َتاَذْحِلْصاَو،اَنَبْوُلُقَنْيَب ْفِّلَأ َّمُهَّللَا َءاَعُّدلااَذَه َلوُقَي ْنَأُهَمَّلَع َمّلَسَو ِهْيَلَع هللا ىَّلَص َّىِبَّنلاَّنَأ

Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang, dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin dan limpahkanlah kepada kami keberkatan baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami" (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud)

2. Doa Nabi Daud a.s. : Doa memohon diberi pasangan hidup yang dicintai Allah :

َلاَقُهْنَع ُثِّدَحُي َدُواَدَرَكَذاَذِإِرَشَبْلا َدَبْعَأ َناَك ملسو هيلع هللا ىلص ِهَّللاُلوُسَرَناَكَوَلاَق .ِدِراَبْلا ِءاَمْلاَنِمَو ىِلْهَأَو ىِسْفَن ْنِمَّىَلِإَّبَحَأ َكَّبُح ْلَعْجا َّمُهَّللاَكَّبُح ىِنُغِّلَبُي ىِذَّلاَلَمَعْلاَو َكُّبِحُي ْنَم َّبُحَوَكَّبُح َكُلَأْسَأ ىِّنِإ َّمُهَّللا ُلوُقَيَدُواَد ِءاَعُدْنِم َناَك ملسو هيلع هللا ىلص- ِهَّللا ُلوُسَر َلاَقَلاَق .

Rasulullah SAW bersabda, diantara doa Nabi Daud adalah : “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. ” Dan bila Rasulullah mengingat Nabi Daud baginda menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi dari Abu Darda/3828)

3. Doa untuk menyatukan cinta :

َنيِمِحاَّرلا َمَحْرَأاَيَكِتَّبَحَم َىلَعَو َكِّبُح يِفاَنَّبُح ... ْعَمْجاَو يِّبُح ىِفاَهَّبُحَواَهِّبُح ىِف يِّبُحْلَعْجا َّمُهَّللا

"Ya Allah! Jadikan cinta ku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukan cinta kami dalam mencintai-Mu dan diatas kecintaan-Mu wahai Tuhan Maha Penyayang daripada yang menyayangi."

4. Doa memohon menjadi orang yang soleh :

َنْيِحِلَّصلاَكِداَبِع ْنِم ىِنَلَعْجَتْنَا َكُلَأْسَاَو َكُنْيِعَتْسَا ىِّنِا َّمُهَّللَا َنْيِعَمْجَا ِهِبْحَصَو ِهِلَاَوِدَّمَحُماَنِدِّيَس ىَلَعِّلَص َّمُهَّللَا

"Ya Allah, Selawat keatas Nabi SAW. dan salam ke atas sahabat sekeliannya Ya Allah, aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang soleh".

5. Doa memohon kebaikan :

ىِخِئاَشَم ْنِم ىِّقَلَّتلاِنْسُحَو ّىَدِلاَوِبّرِبْلاَو َكِلوُسَرِعاَبِّتاَوَكِتَعاَطِل ىِنْقِّفَو َّمُهَّللَا

"Ya Allah, bantulah aku mentaatiMu ,dan mengikut RasulMu, dan berbuat kebaikan kepada kedua ayah dan ibuku, dan berbaik-baik kepada guruku yang membimbingku sampai kepadaMu"

6. Doa menetapkan pendirian :

َنْيِمِحاَّرلا َمَحْرَااَيَكِتَمْحَرِبَكِرْكُشِنْسُحَو َكِتَداَبِع ىِف ِةَماَقِتْسإلا َعَمِمْلِعْلاِب َنْيِدِّوَزُمْلاِءاَمَكُحْلاَنِم ىِنْلَعْجَا َّمُهَّللَا

"Ya Allah, jadkanlah aku hambamu yang bijaksana yang diberkati olehmu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam pengabdian padaMu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmatMu wahai Tuhan yang amat Belas kasih dan Penyayang"

7. Doa memohon istiqamah dalam solat :

ِءاَعُدْلَّبَقَتَو اَنَّبَر يِتَّيِّرُذ ْنِمَو ِةاَلَّصلا َميِقُم يِنْلَعْجا ِّبَر

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

8. Doa Nabi Ibrahim a.s.: Doa memohon mendapat keturunan yang baik-baik

ِءاَعُّدلا ُعيِمَس َكَّنِإًةَبِّيَط ًةَّيِّرُذَكْنُدَلْنِم يِلْبَه ِّبَر

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

9. Doa Nabi Zakaria a.s. : Doa memohon keampunan :

ُباَسِحْلا ُموُقَي َمْوَيَنيِنِمْؤُمْلِلَو َّيَدِلاَوِلَو يِلْرِفْغا اَنَّبَر

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ali-Imran ayat 38)

10. Doa yang afdhal di bulan Ramadan :

يِّنَعُفْعاَفَوْفَعْلَا ُّبِحُت ٌّوُفَع َكَّنِإ َّمُهَّللَا

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.'' (Hadis Riwayat Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih.)

11. Doa berlindung diri dari sifat-sifat buruk dan umur yang nyanyuk pinyuk :

ِرْبُقْلا ِباَذَعْنِم َكِب ُذْوُعَاَو اَيْنُّدلا ِةَنْتِفْنِم َكِب ُذْوُعَاَو ِرُمُعْلا ِلَذْرَا ىَلِا َّدَرُا ْنَاْنِم َكِب ُذْوُعَاَو ِنْبُجْلا َنِم َكِبُذوُعَأَوِلْخُبْلاَنِم َكِبُذوُعَأ ىِّنِإ َّمُهَّللَا

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari sifat bakhil dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut. Dan aku berlindung padaMu akan dilanjutkan umur sampai umur tua pinyuk. Dan aku berlindung padaMu dari fitnah dunia. Dan aku berlindung padaMu dari azab seksa kubur." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

12. Doa memperelokkan amalan :

َكِتَداَبِع ِنْسُحَو َكِرْكُشَو َكِرْكِذ ىَلَع يِنِعَأ َّمُهللا

”Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)

13. Doa membaiki segala urusan :

ٍّرَش ِّلُك ْنِم ىِل ًةَحاَر َتْوَمْلا ِلَعْجاَو ٍرْيَخ ِّلُك ىِف ىِل ًةَداَيِزَةاَيَحْلا ِلَعْجاَو ىِداَعَماَهيِف ىِتَّلا ىِتَرِخآ ىِلْحِلْصَأَو ىِشاَعَماَهيِف ىِتَّلاَىاَيْنُد ىِلْحِلْصَأَو ىِرْمَأ ُةَمْصِع َوُه ىِذَّلاَىِنيِد ىِلْحِلْصَأ َّمُهَّللا

"Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku; perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku; perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala keburukan."

Beramallah dengan doa-doa di atas dalam usaha kita untuk memohon rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin yang perlu di amalkan dan di hayati di dalam kehidupannya setiap hari.

Empat Amalan Dapat Menambahkan Berat Pahala Semasa Mizan Di Hari Akhirat.


Bismillahirrahmanirrahim

Timbangan amal (mizan) adalah tempat penentuan seseorang hamba Allah itu samaada akan ditempatkan disyurga atau neraka. Jika berat pahala/ kebaikannya maka syurgalah balasannya begitu juga jika berat dosa/ amalan buruknya maka nerakalah balasan yang akan diterima.

Untuk menyelamatkan kita dengan mendapat berat amal kebaikannya maka perlulah berusaha mencari jenis-jenis amalan yang boleh menjadikan amal kebaikan kita menjadi berat semasa ditimbang.

Terdapat empat amalan yang boleh menambahkan berat timbangan amal seseorang di hari akhirat iaitu :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Ketiga : Akhlak yang baik.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Huraiannya :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Puasa yang dikerjakan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar (dengan rahmatNya), hanya Allah Subhanahu Wa Taalah yang mengetahuinya.

Menurut alim ulamak, di akhirat kelak, jika kita telah ketandusan pahala kerana membayar hutang kepada penuntut-penuntut hutang pahala di atas dosa-dosa yang kita lakukan terhadap seseorang semasa di dunia, pahala puasa tidak akan diberi sebagai membayar hutang. Pahala puasa akan hanya digunakan apabila kita menghadapi timbangan amal (mizan) untuk menimbang dosa dan pahala di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala kelak. Dengan rahmatNya, Allah Subhanahu Wa Taala akan membayarnya dengan pahala puasa kita (hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui nilai tersebut).

Status orang yang berpuasa dengan ikhlas dan taat (berkualiti) begitu istimewa disisi Allah Subhanahu Wa Taalah. Puasa yang ikhlas adalah ibarat perisai, pendinding dan benteng dari kelemahan rohani dan jasmani sekali gus menghindarkan kita dari dosa-dosa besar dan kecil.

Firman Allah SWT maksudnya : "Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKu, dan Akulah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNya). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada kasturi." (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dalam al Kabir dari Ibnu Mas'ud dan lain-lain)

Di dalam satu lagi Hadis Qudsi Allah Subhanahu Wa Taalah berfirman maksudnya: "Puasa itu dinding atau perisai dari api neraka dan ia adalah untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (yang berpuasa) meninggalkan nafsu syahwat, meninggalkan makan dan minum kerana Aku. Sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi". (Hadis Qudsi Riwayat Baghawi, Tabrani dan 'Abdan bin Basyir dari Ibnu Khasasiah).

Dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud : "Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu bernama Ar-Royyaan. Tidak diperkenankan masuk melaluinya kecuali orang-orang yang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dari Sahl bin Sa'd).

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Nabi SAW ada memberi pesanan bahawa ada terdapat sebuah zikir yang mudah diulangkan setiap saat, namun berat di timbangan amalan. Zikir tersebut adalah bacaan “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

ِميِظَعْلا ِهَّللا َناَحْبُس ،ِهِدْمَحِبَو ِهَّللا َناَحْبُس ِنَمْحَّرلا ىَلِإِناَتَبيِبَح،ِناَزيِمْلا ىِف ِناَتَليِقَث ، ِناَسِّللا ىَلَع ِناَتَفيِفَخ ِناَتَمِلَك

"Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (Hadis Riwayat Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Ketiga : Akhlak yang baik.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:

ُجْرَفْلاَو ُمَفْلا َلاَقَف َراَّنلا َساَّنلاُلِخْدُياَم ِرَثْكَأْنَع َلِئُسَو ِقُلُخْلا ُنْسُحَوِهَّللا ىَوْقَت َلاَقَفَةَّنَجْلا َساَّنلا ُلِخْدُياَم ِرَثْكَأ ْنَع َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ىَّلَص ِهَّللا ُلوُسَر َلِئُس

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Dan baginda juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, maka baginda menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat. At-Tirmizi no. 2004)

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

ِمِئاَقْلا ِمِئاَّصلا َةَجَرَدِهِقُلُخ ِنْسُحِبُكِرْدُيَل َنِمْؤُمْلاَّنِإ

Maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin betul-betul akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan solat dengan akhlak baiknya.” (Hadis Riwayat. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dlm Shahih Al-Jami’ no. 1932)

Apakah yang dimaksudkan akhlak yang baik?

1. Membuangkan semua sifat-sifat mazmumah seperi riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati, hasad dengki, suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan suka memutuskan silaturahim, suka dedahkan aib orang lain dan sebagainya.

2. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, sabar , zuhud, qanaah, syukur, reda dengan takdir Allah dan lain-lain lagi.

3. Istiqamah dengan amal Islam, amal ibadah dan amal-amal soleh seperti suka bersedekah, suka membantu orang lain, berdakwah, amal makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pertingkatkan amal-amal soleh kita dan lakukanlah semata-mata kerana Allah SWT. Pertingkatkan empat amalan kebaikan seperti di atas sebagai usaha-usaha kita untuk memberatkan timbangan amal pahala kita ketika menghadapi hisab (mizan) di hari akhirat nanti. Jadikanlah puasa Ramadan kita ini sebagai amalan pertama yang akan mendapat kurniaan Allah SWT, berat timbangan amal dan dimasukkan-Nya kita kesyurga dengan rahmat -Nya.

Wauallahualam.

Terdapat 5 Gangguan Di Dalam Solat.

Assalamualaikum...

Bismilahirrahmanirrahim.

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.

Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwuduk) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib.Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesaidan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

Cuba elakkan gangguan-gangguan di dalam solat ini supaya solat kita mendapat khyusuk ketika kita kerjakan mencari keredaan Allah SWT.

Tuesday, January 14, 2014

Couple Islamic II

Assalamualaikum .. ana tercari-cari satu kisah ttg kapel islamik nie .. Alhamdulillah , ana sudah jumpa kisah nie .. ana nak kongsi dengan anda semua .. ana jumpa cerita nie kat blog MATA KEHIDUPAN .. InsyaAllah , korang dapat info / pengajran dalam cerita ini .. InsyaAllah .. pnjg cerita nie , tapi best ! mcm novel cinta .. jom baca ..

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah apatah lagi dengan thiqahnya yang tinggi. Apabila ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak, dia akan ke hadapan. Sama ada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Al-Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.

Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna. Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya, dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti, ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawaduknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya, cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun, hatta Nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak. Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri. “Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.” Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,” hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat, hari berganti hari, Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK Surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau,Zohornya di surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

Imannya bersuara. “Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”

Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

Akal mula campur tangan. “Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran. Walaupun sakit, Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

Imannya bersuara. “Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”

Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan. “Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”

Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan. “Betul juga,ok,aku tolong.”

Dia memberi arahan kepada Nisa. “Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”

Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak. “…ok…”

Pintu almari berjaya dibuka, jari Nisa terlepas dari kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba, Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa. Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa. Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

Dia berdoa, menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi. “Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”

Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Thiqahnya. Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh dan dihina. Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu. Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?” Soal Khairul, kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu. “Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.” jawab Naim. “Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.

Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis. Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam. Khairul membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start. Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya, bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya, alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi, betul-betul memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup, dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya, Naim datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:

Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..

Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..

Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,

Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu, dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama. Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,

Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,

Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?

Moga Allah meredhaai kita,

Dan,salam perkenalan.Ana Naim.

Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat. Maka, Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?” “Takpe,kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?” Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati. Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda ,lalu dia membalas, Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu. “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”

Thiqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari, pengaruh Naim semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.thiqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Naim seakan-akan gila. Betul Naim gila,gila bayang. Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul,

“kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim. Dia dah bukan macam dia yang dulu. Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun, pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim. Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar, Khairul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim. Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau, kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!” Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya. Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya. Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi, mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya, Nisa.

Khairul, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!” Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah! Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am! Musuh Allah,musuh agama Allah! Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat! Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam? Ko lupa?! Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,s ungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas, bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula. Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak thiqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’. Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal. Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina, cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu. Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas, dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa. Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya. Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka. Dia sudah sedar segala-galanya. Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan, tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan. Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,

Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,

Ayang benar-benar menyintai sayang..

Sepenuh jiwa dan raga ayang..

Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,

Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.

Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim, kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata. Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti

Ya Allah . Sedih baca...betapa sayangnya Rasulullah kpd umatnya...

KETIKA PERUT RASULULLAH BERBUNYI (Yang cinta pada Rasulullah jangan lupa share kepada saudara-saudara muslim yang lain) Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, ”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?” Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” Mendengar jawapan ini Sahabat Umar melanjutkan pertanyaannya, ”Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” Melihat kecemasan di wajah para sahabatnya,Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut Rasulullah yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. Umar memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?” Para sahabat hanya tertegun. Rasulullah melanjutkan, ”Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.” MasyaAllah betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya...semoga kelak di akhirat nanti kita mendapatkan Syafa'atul Udzmah di Yaumil Qiyamah nanti..dan kita di kukuhkan keimanan serta keIslaman kita agar terus meneladaninya... #SedihBilaBaca . Subhanallah# i love rasulullah SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SAHABAT SEMUA..

42 Kelebihan Bersalawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum...

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu di dalam kitabnya Al-Safinah Al-Qadiriyyah menyatakan tentang kelebihan bersalawat ke atas Nabi S.A.W. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: “Bersalawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. itu mempunyai empat puluh dua (42) kelebihan. Hal ini tertulis dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’ :-

1) Dapat melaksanakan perintah Allah.

2) Bersamaan dengan salawat Allah kepada Rasulullah S.A.W.

3) Bersamaan dengan salawat para malaikat.

4) Mendapat ganjaran sepuluh kali salawat daripada Allah atas setiap kali salawat diucapkan (salawat daripada Allah bererti rahmat)

5) Kurniakan oleh Allah sepuluh (10) darjat atas tiap-tiap satu salawat.

6) Dituliskan oleh malaikat sepuluh (10) kebaikan atas setiap salawat.

7) Dihapuskan oleh Allah sepuluh (10) kejahatan atas setiap selawat.

8) Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9) Mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W.

10) Mendapat keampunan daripada Allah serta ditutup segala keaiban.

11) Allah akan menutupi segala dukacita.

12) Dkurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W.

13) Medapat darjat al-Sidq

14) Dikurniakan segala hajat.

15) Salam sejahtera pada hari qiamat.

16) Allah dan para malaikat akan bersalawat ke atas seseorang yang bersalawat.

17) Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18) Salam sejahter pada huruhara hari qiamat.

19) Rasulullah S.A.W. akan menjawab secara langsung keatas salawat yang dibacakan.

20) Mudah mengingat semula perkara yang lupa.

21) Mendapat kedudukan yang baik pada hari qiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22) Tidak akan merasai Fakir

23) Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24) Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah S.A.W. kepada yang bersalawat.

25) Salawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.

26) Menjauhkan seorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27) Bersalawat menyempurnakan qalam pujianAllah apabila disebut (di dalam doa) maka akan disambut selepas itu dengan kalimah salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

28) Selamat melepasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari qiamat.

29) Disambut oleh Allah pada hari qiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30) Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31) Mendapat keberkatan daripada Allah.

32) Mendapat kesempurnaan iman.

33) Kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W.

34) Mendapat hidayah Allahdan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35) Setiap salawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan kepada Rasulullah S.A.W. secara langsung.

36) Teguh pendirian dengan iman.

37) Bersalawat bererti menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah S.A.W. ke atas diri kita. disamping ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah S.A.W. kepada kita.

38) Bersalawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39) Bersalawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah S.A.W. di dalam jiwanya.

40) Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah S.A.W.di dalam jiwanya.

41) Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Sheikh dan Murabbi.

42) Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh: Ust. Hj. Anwar Jalaluddin.

Monday, January 13, 2014

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

Assalamualaikum...

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng… sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Friday, January 10, 2014

Empat Amalan Dapat Menambahkan Berat Pahala Semasa Mizan Di Hari Akhirat.

Bismillahirrahmanirrahim

Timbangan amal (mizan) adalah tempat penentuan seseorang hamba Allah itu samaada akan ditempatkan disyurga atau neraka. Jika berat pahala/ kebaikannya maka syurgalah balasannya begitu juga jika berat dosa/ amalan buruknya maka nerakalah balasan yang akan diterima.

Untuk menyelamatkan kita dengan mendapat berat amal kebaikannya maka perlulah berusaha mencari jenis-jenis amalan yang boleh menjadikan amal kebaikan kita menjadi berat semasa ditimbang.

Terdapat empat amalan yang boleh menambahkan berat timbangan amal seseorang di hari akhirat iaitu :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Ketiga : Akhlak yang baik.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Huraiannya :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Puasa yang dikerjakan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar (dengan rahmatNya), hanya Allah Subhanahu Wa Taalah yang mengetahuinya.

Menurut alim ulamak, di akhirat kelak, jika kita telah ketandusan pahala kerana membayar hutang kepada penuntut-penuntut hutang pahala di atas dosa-dosa yang kita lakukan terhadap seseorang semasa di dunia, pahala puasa tidak akan diberi sebagai membayar hutang. Pahala puasa akan hanya digunakan apabila kita menghadapi timbangan amal (mizan) untuk menimbang dosa dan pahala di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala kelak. Dengan rahmatNya, Allah Subhanahu Wa Taala akan membayarnya dengan pahala puasa kita (hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui nilai tersebut).

Status orang yang berpuasa dengan ikhlas dan taat (berkualiti) begitu istimewa disisi Allah Subhanahu Wa Taalah. Puasa yang ikhlas adalah ibarat perisai, pendinding dan benteng dari kelemahan rohani dan jasmani sekali gus menghindarkan kita dari dosa-dosa besar dan kecil.

Firman Allah SWT maksudnya : "Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKu, dan Akulah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNya). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada kasturi." (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dalam al Kabir dari Ibnu Mas'ud dan lain-lain)

Di dalam satu lagi Hadis Qudsi Allah Subhanahu Wa Taalah berfirman maksudnya: "Puasa itu dinding atau perisai dari api neraka dan ia adalah untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (yang berpuasa) meninggalkan nafsu syahwat, meninggalkan makan dan minum kerana Aku. Sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi". (Hadis Qudsi Riwayat Baghawi, Tabrani dan 'Abdan bin Basyir dari Ibnu Khasasiah).

Dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud : "Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu bernama Ar-Royyaan. Tidak diperkenankan masuk melaluinya kecuali orang-orang yang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dari Sahl bin Sa'd).

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Nabi SAW ada memberi pesanan bahawa ada terdapat sebuah zikir yang mudah diulangkan setiap saat, namun berat di timbangan amalan. Zikir tersebut adalah bacaan “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

ِميِظَعْلا ِهَّللا َناَحْبُس ،ِهِدْمَحِبَو ِهَّللا َناَحْبُس ِنَمْحَّرلا ىَلِإِناَتَبيِبَح،ِناَزيِمْلا ىِف ِناَتَليِقَث ، ِناَسِّللا ىَلَع ِناَتَفيِفَخ ِناَتَمِلَك

"Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (Hadis Riwayat Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Ketiga : Akhlak yang baik.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:

ُجْرَفْلاَو ُمَفْلا َلاَقَف َراَّنلا َساَّنلاُلِخْدُياَم ِرَثْكَأْنَع َلِئُسَو ِقُلُخْلا ُنْسُحَوِهَّللا ىَوْقَت َلاَقَفَةَّنَجْلا َساَّنلا ُلِخْدُياَم ِرَثْكَأ ْنَع َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ىَّلَص ِهَّللا ُلوُسَر َلِئُس

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Dan baginda juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, maka baginda menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat. At-Tirmizi no. 2004)

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

ِمِئاَقْلا ِمِئاَّصلا َةَجَرَدِهِقُلُخ ِنْسُحِبُكِرْدُيَل َنِمْؤُمْلاَّنِإ

Maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin betul-betul akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan solat dengan akhlak baiknya.” (Hadis Riwayat. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dlm Shahih Al-Jami’ no. 1932)

Apakah yang dimaksudkan akhlak yang baik?

1. Membuangkan semua sifat-sifat mazmumah seperi riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati, hasad dengki, suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan suka memutuskan silaturahim, suka dedahkan aib orang lain dan sebagainya.

2. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, sabar , zuhud, qanaah, syukur, reda dengan takdir Allah dan lain-lain lagi.

3. Istiqamah dengan amal Islam, amal ibadah dan amal-amal soleh seperti suka bersedekah, suka membantu orang lain, berdakwah, amal makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pertingkatkan amal-amal soleh kita dan lakukanlah semata-mata kerana Allah SWT. Pertingkatkan empat amalan kebaikan seperti di atas sebagai usaha-usaha kita untuk memberatkan timbangan amal pahala kita ketika menghadapi hisab (mizan) di hari akhirat nanti. Jadikanlah puasa Ramadan kita ini sebagai amalan pertama yang akan mendapat kurniaan Allah SWT, berat timbangan amal dan dimasukkan-Nya kita kesyurga dengan rahmat -Nya.

Wauallahualam.