my gread post

Monday, July 7, 2014

"DO'A ISTIKHARAH CINTA".


Bismillahirrahmanirrahiim.
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan mejadi teman menapaki hidup, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan diantara kami agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
Ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Rabbi....
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Karena Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hamba_Mu ini.
Ya Allah... Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini maupun di akhirat.
Jangan biarkan aku terjerumus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau ridhoi. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang sholeh dan sholehah.
Aamiin... Ya Rabbal 'Alamiin

Saturday, April 26, 2014

Cintai Rasulullah Sebagaimana Baginda Mencintai Kita





Allahu akbar..
wahai Rasulullah SAW kekasih Allah..
Aku rindu padamu Rasulullah... :'(
Allahhhhh.. :(

Tuesday, April 15, 2014

Calon Lelaki Soleh





Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir menjejak ilmu perokonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah bukan perkara yang ajaib jika tidurpun berselimutkan helaian nota.

Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku… aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, dari. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah.

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu.
“khabar apakah zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna?”


Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.

“zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas…”


aku tersenyum membaca sms yang ke2. senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!



“lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan…”

Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling “bengkeng” dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan. Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh!

“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ke? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana.”

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?!

Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati… tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu…benar aku insan dhaif yang lemah..lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu.

“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insane yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. “

“ tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?”




“ Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah,”

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung.

”Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana,”

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya. Aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

”Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!,”

aku mencebik dan tersenyum sinis.

”Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini,”

Mungkin. Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal kuraih pada keluargaku.

”Kau terlalu naif?!,”

aku tersentak, benarkah?

”Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu,”





Mendatar kalimah itu.

”Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu,”

aku meneliti bait-bait yang terlontar.

”aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakka cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali,”

”aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya,”

Dia melepaskan satu keluhan.

”Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya,”

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.

”Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,” terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan.

Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini. ..

Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi. Aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.

Benar, kata-katamu itu terlalu benar.
Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini. Aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi.

Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah... terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui.

Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri.

Sms husna ku balas...

”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"


...p/s : copy & paste ni...harap bermanfaat.....sesungguhnya..lelaki soleh untuk perempuan yang solehah...sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku kepada anda...ingatlah...setiap perkara adalah berhikmah....Allah S.W.T tidak membebankan seseorang kecuali sememangnnya seseorang itu sememangnnya boleh menghadap ujian dari-Nya....

Friday, February 28, 2014

Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?Wanita tercipta dari rusuk lelaki. Wanita itu sayap kiri lelaki. Wanita berhati lembut dan kuat emosi. Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu… Wanita dicipta untuk menjadi ibu. Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan.. Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia.. Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya.. Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran.. Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa.. Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki.. Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda..

Monday, February 24, 2014

Jatuh cinta, perbezaan perempuan fasik dan perempuan solehah

bismillahirohmanirohim...

Allah SWT berfirman : ﺃَﻓَﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ
ﻣُﺆْﻣِﻨًﺎ ﻛَﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓَﺎﺳِﻘًﺎ ۚ ﻟَﺎ ﻳَﺴْﺘَﻮُﻭﻥَ
‘Apakah sama orang-orang yang
beriman itu dengan orang-orang
yang fasik? Mereka tidaklah
sama.’ [As-Sajdah:18] Fasik
bermaksud orang yang suka
melanggar perintah Allah SWT
secara berterusan.

Perempuan yang fasik akan jatuh
cinta kepada lelaki yang kacak,
lelaki yang pandai mengurat dan
memikat dirinya. Ada pula
sebahagiannya suka lelaki yang
pandai berjenaka, kelakar dan ada
ciri-ciri ‘humor’ serta pandai
melayan dan selalu membuatnya
gembira. Ada pula perempuan yang
suka lelaki yang pandai memuji dan
bermain bahasa lagi puitis, bersajak
dan bersastera. Biasanya penampilan
lelaki yang disukai ialah jenis
ranggi, lelaki yang ‘update’ dengan
fesyen semasa dan bergaya maskulin
serta kelihatan ‘macho’.

Manakala perempuan yang beriman,
mereka akan jatuh cinta kepada
lelaki yang berusaha menjaga diri
dari perkara yang haram, lelaki yang
berjuang untuk agama, lelaki yang
taat kepada Allah dan Rasul, lelaki
yang mengikut sunnah dan lelaki
yang berjihad di jalan Allah SWT.
Mereka suka lelaki yang
berpenampilan seperti berjanggut,
lelaki yang berpakaian sopan dan
beradab, lelaki yang berakhlak
serta berwawasan untuk Islam.
Semakin lelaki itu tawadhuk dan
tegas terhadap syariat Allah
semakin disukai oleh mereka.

Tuesday, February 11, 2014

Have funn..(^_^)v

Some points yang dapat semalam from Ceramah Perdana by Habib Ali Zaenal Abidin. Di Masjid Al Mardhiyah, Taman Melawati.

•Ilmu itu dtgnya dari yang Maha Berilmu.

•Yang takut kepada Allah, ialah Ulamak.

•Semua yang bernyawa akan merasai kematian.

•Nikmat Syurga itu membuat kita lupa dengan kesusahan yang dialami-titian sirat, neraca mizan, azab kubur..

•Keredhaan Allah itu JAUH LEBIH BESAR.

•Kita hidup kt dunia ni, taknak benda lain selain REDHA Allah Taala. Itu yg paling penting.

•Cara untuk mendapatkan keredhaan Allah 1)Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Ibu Bapa. Redha Allah terletak kepada Redha Ibu bapa. MUrka Allah terletak kepada Murka Ibu Bapa.

2)Zikir yang dibaca oleh Rasulullah SAW. -"Radina billahi rabba, wabil islami dina, wabiMuhammad Nabiyya, Warasulan." "Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi kami".--Sesiapa yang membaca zikir ini pada pagi dan petang akan masuk syurga.

•Wahai Sahabat, kita seharusnya mempercepatkan melakukan amalan sebelum ajal sampai. Bersegeralah melakukan taubat sebelum ajal datang kepada kita.

•Dalam kubur nanti, akan ada himpitan kubur, ianya bergantung kepada amalan buruk dan baik kita di dunia ni.

•Jaga HAK Allah, jaga HAK Rasulullah SAW, Jaga HAK Kaum Muslimin. -Jangan memaki orang lain, Hati yang lapang memaafkan orang lain. Amar Makruf Nahi Mungkar. LAKUKAN PERINTAH ALLAH TINGGALKAN LARANGAN ALLAH. Jalankan Sunnah Rasulullah SAW. Bukan sunnah kahwin 4 je nak jalankan nuuu, solat malam, qiam, solat2 sunat tu tegakkan dulu sebelum nak pikir tambah satu.

Wallahutaala a'lam.

Monday, February 10, 2014

Alhamdulillah Ya Allah...

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…Amin Ya Rabbal Alamin 

Thursday, January 30, 2014

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAAT


Di antara waktu yg paling mustajab utk didik anak ialah dgn memberi nasihat selama 30 -60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dgn bercakap dlm hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak & beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid/ surau

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (spt lepas kena marah).

Pastikan anak2 mkn mlm sebelum maghrib (ikut Sunnah) utk mudah belajar di waktu mlm. Jika anak tak habis mkn, tak salah utk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, drp MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat org Melayu saja yg menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak2 nak mkn dulu sbb ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UTK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan & lauk pauk lebihan anak2. Malahan, makanan utk pembantu rumahpun patut di asingkan utk menghargai mrk. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab utk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

- Dato Fadzillah Kamsah-

Tuesday, January 28, 2014

Apakah gred kita dalam solat??

Gred E

Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

Gred D

Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

Gred C

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

Gred B

Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.

Gred A

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.

Apakah gred solat kita?Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat kita macam mana?Ingatlah.! solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.

Jom muhasabah..

Thursday, January 23, 2014

Cinta high class

" Setiap yang bertunang atau ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta, sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar..

Kalau kamu berCouple, berKawan-Kawan 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia.

Yang kamu kenal ialah lakonan dia. Buang masa je kalau kita kata nak kenal dulu sebelum nikah, kita hanya mengenal seorang Pacar bukan seorang Suami, sebab masa berkasih yang kita cari hanyalah Keindahan-Keindahan. Kita cari hanyalah keseronokan.

Masa berkahwin kita kenal dia, kelemahan dan kebaikan dia. Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia dan kalau kita berPacaran, berCouple sebelum nikah ini, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumah tangga kita nanti.

Sebab, masalahnya dik. Ada masalah yang kita undang, ada masalah yang tak diundang ye. Yang diundang ini ialah bila kita sekarang tak setia, kita sekarang tak ambil Allah nombor 1. Bila kita sekarang sanggup dekati jalan-jalan zina, dah nikah nanti pasangan kita dok Fb dengan suami orang, pasangan kita dok Fb dengan isteri orang, JANGAN TERKEJUT.

Kalau dia tawarkan cinta kepada adik. Dia puji kecantikan wajah adik. JANGAN TERKEJUT nanti dia jadi Mata Keranjang. Kalau caranya itu tak meletakkan Allah nombor 1. Tak takut pada Allah. Dia sedang persembahkan cinta yang rapuh, yang sementara. Dan cinta itu Takkan Bahagia.

Tapi kalau kita ambik sebab cinta itu kerana Agama dan Akhlak kerana Allah, Allah takkan lenyap. Cinta itu takkan lenyap."
#Ustazah Fatimah Syarha.

*Kata Kata ini menjadi inspirasi buatku. Menetapkan sama ada aku harus memilih cinta yang biasa-biasa sahaja Atau Cinta High Class. Dan aku tetap tekad dengan pendirianku. Aku memilih Cinta High Class. Semoga bermanfaat buat kalian. Duhai Muslimah, jadilah wanita yang mahal bukannya murah. Peliharalah maruahmu. Jadilah permata yang dicari.
*MOGA ALLAH REDHA. :')

Surah Al-Ikhlas

"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI" Keberkatan surah al-ikhlas Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum Masuk Ke Rumah Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Ketika Sakit. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Khatam al-Quran Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s. Nota Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil ?Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an?Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?Kenapa masjid semakin kecil ?Tapi bar dan club? semakin besar?Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS?Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?Pikirkan itu Apakah anda akan memforward pesan ini?Apakah anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan dengan yang lain ?Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..." Ada 2 pilihan untuk anda. 1. Biarkan didalam whatsapp anda tanpa bermanfaat untuk org lain. 2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. . Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. SUBHANALLAH..! I hope today Ya ُهّللَا : ✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini ✔ Lapangkanlah hatinya ✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan ✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan ✔ Mudahkan segala urusannya ✔ Kabulkan cita-citanya ✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar ✔ Jauhkan dari segala Musibah ✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan ✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

نْيِمَلاَعْلا َّبَر اي َنْيِّمآ Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

نْيِمَلاـــَعلاَّب َر اَي ...ْنّيِمآ ...ْنّيِمآ Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.

Wednesday, January 22, 2014

Bahasa syurga II

Jom belajaq Bahasa Arab..kalau salah teguq nah..

*Lau samahta-excuse me
*naltaqi ghadan-jmpa lg esok *tafadhol-silakan
*la a'drid-saya xtau
*ma fi musykilah-xda masalah *waiyyaka-dan keatas kamu juga *ijtihad wala taksal-bersunggu2lah kamu & jgn mlas
*man enta/enti-siapa kamu
*ana tolib/tolibah -saya plajr pmpuan
*masmuki/ka -apa nama kmu
*kam umrika/ki-brapa umur kamu *maza tuhibbu-apa yg kamu suka *aina tazhabu-kemana kamu prgi *maza tafa'l-apa yg kmu sdg buat *aina taskunu-dimana kmu tggal *hal solaitul zuhri-adakah kamu tlh solat zohor
*maza takkul-apa yg kmu mkan *maza tashrab-apa yg kmu minum *hal aindaka mushkilah-kamu ada masalah ka?
*Afham-saya faham
*ana syab a'n-saya kenyang
*ana ta'ban-saya letih
*ana na'san-saya ngantuk
*ana jua'an-saya lpar
*la afham-saya x faham
*la adri-saya x mau
*ismahli lil khuruj -izinkan sy keluar
*uwafiq-saya setuju
*ahsanta-kamu bgus
*ismah li,al ghoda' jahiz-makanan tgah hari dah siap
*samihni a'la taqsir-minta maaf ats kekurgn diri sy
*Sobahal khoir-slamat pg
*haiyya-ajak
*haiyya bina-terima pelawaan kwn (jom )
*sa azhabu ila-saya nak pi ke.. *Tafadhol bil julus-sila duduk
*asif,ta akhortu-maaf,sy terlewat *asif,taraktu al kitab fil baiti-sory,tertingai buku dkt rumah
*asif a'la iz aj-sori kacau
*asif,ana masyghulun jidan-sori sy sibuk
*asif marratan ukhra-boleh ulang smula?
*La afham syai an -saya x faham ;-( *kam samanun?-berapa ringgit?
*Mata tuftah ad dukhan?-kdai buka bila?
*Lau samahta,uridu as syai-saya nak ayaq tea..
*as syai tu tea lau samahta,man yatakalamu ma'a?-sapa cakap tatau ni (telefon)
*hal yumkinu an atakalam ma'a acik-saya nak ckp dgn acik
*Mabruk a'la najahika fil imtihan-tahniah bjaya dlm exam
*sa idni-tolong saya
*hal yumkinu an usa i'duka?-nak pertolongan dak?
*Ahsanta-awak bgus
*mumtaz-cmrlang
*lahzotan min fadlik-sat,tggu sat *ma amaluka-hang nak jadi pa?(impian)
*hal tahduru faslu idofi-nak mai tusyen dak
*haiyya narjiq ma'a-jum blik sekali *La tansa da'wati-jgn lupa jmputan tu
*ad uka ila makdubati fi baiti-jom makan kat rumah aku
*asta'ziru,ghadan lan ahdhoru-sory,esok aku x mai
*samihni a'la taqsiri-maaf atas kekurangan aku
*aina taqou'-tanya tempat

Tuesday, January 21, 2014

Couple/berpasangan

Assalamualaikum....

Dulu aku pun tak tahu. Aku jahil dimasa lalu.

Bercinta. Rasa sweet gila bersama-sama. Suka duka sharing together. No wonder la makin lalai, makin leka.

Now, bila dah sedar, rasa bersalah. Apa dulu yang kita buat semua dosa.

Saya beri 3 situasi orang bercinta. Last nanti compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama : Orang bercinta, malam mesti call kan? Bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkk gilaaa missed call, sms daripada si dia. Kita jenuh gelabah nak jawap apa kat dia nanti. Jenuh duk pikir ayat. Kang kata tertidur sentap pulakkk kan? Dia dah lah buat super savers la apa semata-mata nak bercakap dengan kita. Hmm macam mana ye?

Situasi kedua : Bila kita cinta someone, kita sanggup oiii peghabihh duit semata-mata untuk dia. Topup RM5, RM10, RM30 dan RM100 pun sanggup. Semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si dia. Kering poket pun tak pe, demi membuktikan cintaku padamu. Hahaha!

Situasi ketiga : Bila kita ni memang sayang gileee le dekat die, haaa mesti duk angau kan? Pantang bebenor dengor oghang bercerita tentang die, mule le kite rasa semacam. Hati berbunge-bunge. Apatah lagi kalau orang bercerita tentang keindahan dan kelebihan die depan2 kite. Fulamakkk wey, boleh tak tidor malam teman. Ate duk ghenyih sorang2. Hahaha. Ghenyih : senyum. Betul kan?

Now, cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah. Situasi pertama : Kita sanggup kan call malam2? Sampai bila kita tertidur pun kita ghase takot bebenor nak ngaku pada si die. Tapi PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah kita sanggup BANGUN MALAM, semata-mata untuk ALLAH? Apakah aku sanggup BERTAHAJJUD mencari keredhaan-Nya. Pernah tak kita bangun malam semata-mata untuk Allah selama ini? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi kedua : Kita sanggup peghabih duit berpuluh/beratus semata-mata nak berbual dengan si dia. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR?Apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH/BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara2 ku di JALAN ALLAH? Kita selalu derma RM1, RM2? Pejam mata je JANJI untuk AMAL KEBAIKAN?Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi ketiga : Duk angau. Dengor je name die bergetor ghase hati. Apatah lagi bile dengor orang duk puji die depan2 kita kan? Tapi PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Bila ustadz/ustadzah/sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI kita? Pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? Pernah tak bertambah RASA CINTA, KEIMANAN kita pada Allah bila mengetahui kekuasaan-Nya? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Sahabat, aku dulu jahil sahabat. Aku juga pernah lalui tiga situasi itu.

Aku juga pernah bercinta sahabat. Namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta di jalan yang haram.

Apa yang bakal aku katakan pada suami/isteri aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?

Sahabat, kita belum lagi terlambat. Post ini aku TIDAK tujukan kepada sesiapa. Aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan, kerana apa?

Kerana aku rasakan terlalu banyak status2 di facebook/twitter ditujukan buat yang bukan halal.

Boleh berkasih. Ya, boleh. Berkasih kerana Allah s.w.t..

Nak tahu macam mana pasangan tu terbaik untuk kita? Tengok macam mana dia offer cintanya pada kita.

Mengajak kita bercouple atau bernikah?

Jawapan kepada semua situasi tadi, kita sahaja yang tahu. Simpan. Muhasabah diri. Belajar cintakan Ilahi. Jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.

Jika diri masih muda, kejar ilmu Allah dulu. Masih banyak yang belum kita tahu. Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. Insya'Allah, bahagia dunia, bahagia akhirat.

# Maafkan saya jika post ini membuat sesiapa terasa hati. Saya rasakan saya patut memberi nasihat di sini kerana saya masih belum mampu memberi nasihat secara berdepan. Masih selemah-lemah iman. Wallahu a'lam bissowab.o

Wednesday, January 15, 2014

Dua Belas Golongan Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Bismilahirrahmanirrahim

Pada hari kiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafaat, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yg lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di dunia, yg mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang mukmin. Di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu:

Pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yang didoakan oleh para malaikat, dan

Kedua; golongan orang yg sengsara, yakni mereka yg dilaknat oleh para malaikat.

Apakah ciri-ciri golongan yang didoakan oleh para malaikat?

1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37)

2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'." (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

3) Org-org yg berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"(Hadis Riwayat Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4) Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)

5) Para malaikat mengucapkan 'Aamiiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan di ampuni dosanya yang masa lalu" (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 782)

6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' " (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7) Orang-orang yg melakukan Solat Subuh dan Solat Asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Para malaikat berkumpul pada saat Solat Subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu Solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga Solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat' " (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 9140, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8) Orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan." (Hadis Riwayat Muslim dari Ummud Darda' r.a., Sahih Muslim no. 2733)

9) Orang-orang yang berinfaq di jalan Allah.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut' " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)

10) Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Thabrani dari Abdullah bin Umar r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhiib wat Tarhiib I/519)

11) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh"(Hadis Riwayat Ahmad dari Ali bin Abi Thalib k.w, Al-Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkata, "Sanadnya sahih")

12) Seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya, dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a., disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Kitab Sahih At-Tirmidzi II/343)

Allah SWT. berfirman maksudnya : "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (Surah Al-Anbiyaa' ayat 26-28)

Begitu mulianya kedudukan para malaikat, kerana mereka termasuk dalam golongan makhluk Allah SWT yang selalu dikabulkan doanya. Para malaikat tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini juga bermakna, para malaikat tidak pernah mendoakan seorang hamba kecuali orang-orang yang diredai oleh Allah SWT. Maka lakukankanlah amalan-amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh para malaikat.

Doa-doa Mustajab Yang Perlu Di amalkan Setiap Hari

.

Bismilahirrahmanirrahim

Terdapat beberapa doa-doa yang akan muktabar dan yang akan mengikat hubungan hati kita dengan Allah SWT dan perlu kita amalkan di dalam kehidupan kita :

1. Doa pengikat kasih dan menyatukan kesefahaman :

اَنْيَلَعاَهَّمِتَأَواَهْيِلِباَقَو اَهِبَنْيِنْثُم،َكِتَمْعِنِل َنْيِرِكاَش اَنْلَعْجاَو ُمْيِحَّرلا ُباَّوَّتلا َتْنَأَكَّنِإ اَنْيَلَع ْبُتَو اَنِتَيِّرُزَو اَنِجاَوْزَأَو اَنِبوُلُقَواَنِراَصْبَأَواَنِعاَمْسَأ ىِفاَنَل ْكِراَبَو َنَطَباَمَواَهْنِم َرَهَظاَم َشِح اَوَفْلااَنْبِّنَجَو،ِروُّنلا ىَلِإ ِتاَمُلُّظلا َنِماَنِّجَنَو َِمَالَّسلا َلُبُساَنِدْهاَو،اَنَنْيَب َتاَذْحِلْصاَو،اَنَبْوُلُقَنْيَب ْفِّلَأ َّمُهَّللَا َءاَعُّدلااَذَه َلوُقَي ْنَأُهَمَّلَع َمّلَسَو ِهْيَلَع هللا ىَّلَص َّىِبَّنلاَّنَأ

Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang, dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin dan limpahkanlah kepada kami keberkatan baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami" (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud)

2. Doa Nabi Daud a.s. : Doa memohon diberi pasangan hidup yang dicintai Allah :

َلاَقُهْنَع ُثِّدَحُي َدُواَدَرَكَذاَذِإِرَشَبْلا َدَبْعَأ َناَك ملسو هيلع هللا ىلص ِهَّللاُلوُسَرَناَكَوَلاَق .ِدِراَبْلا ِءاَمْلاَنِمَو ىِلْهَأَو ىِسْفَن ْنِمَّىَلِإَّبَحَأ َكَّبُح ْلَعْجا َّمُهَّللاَكَّبُح ىِنُغِّلَبُي ىِذَّلاَلَمَعْلاَو َكُّبِحُي ْنَم َّبُحَوَكَّبُح َكُلَأْسَأ ىِّنِإ َّمُهَّللا ُلوُقَيَدُواَد ِءاَعُدْنِم َناَك ملسو هيلع هللا ىلص- ِهَّللا ُلوُسَر َلاَقَلاَق .

Rasulullah SAW bersabda, diantara doa Nabi Daud adalah : “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. ” Dan bila Rasulullah mengingat Nabi Daud baginda menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi dari Abu Darda/3828)

3. Doa untuk menyatukan cinta :

َنيِمِحاَّرلا َمَحْرَأاَيَكِتَّبَحَم َىلَعَو َكِّبُح يِفاَنَّبُح ... ْعَمْجاَو يِّبُح ىِفاَهَّبُحَواَهِّبُح ىِف يِّبُحْلَعْجا َّمُهَّللا

"Ya Allah! Jadikan cinta ku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukan cinta kami dalam mencintai-Mu dan diatas kecintaan-Mu wahai Tuhan Maha Penyayang daripada yang menyayangi."

4. Doa memohon menjadi orang yang soleh :

َنْيِحِلَّصلاَكِداَبِع ْنِم ىِنَلَعْجَتْنَا َكُلَأْسَاَو َكُنْيِعَتْسَا ىِّنِا َّمُهَّللَا َنْيِعَمْجَا ِهِبْحَصَو ِهِلَاَوِدَّمَحُماَنِدِّيَس ىَلَعِّلَص َّمُهَّللَا

"Ya Allah, Selawat keatas Nabi SAW. dan salam ke atas sahabat sekeliannya Ya Allah, aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang soleh".

5. Doa memohon kebaikan :

ىِخِئاَشَم ْنِم ىِّقَلَّتلاِنْسُحَو ّىَدِلاَوِبّرِبْلاَو َكِلوُسَرِعاَبِّتاَوَكِتَعاَطِل ىِنْقِّفَو َّمُهَّللَا

"Ya Allah, bantulah aku mentaatiMu ,dan mengikut RasulMu, dan berbuat kebaikan kepada kedua ayah dan ibuku, dan berbaik-baik kepada guruku yang membimbingku sampai kepadaMu"

6. Doa menetapkan pendirian :

َنْيِمِحاَّرلا َمَحْرَااَيَكِتَمْحَرِبَكِرْكُشِنْسُحَو َكِتَداَبِع ىِف ِةَماَقِتْسإلا َعَمِمْلِعْلاِب َنْيِدِّوَزُمْلاِءاَمَكُحْلاَنِم ىِنْلَعْجَا َّمُهَّللَا

"Ya Allah, jadkanlah aku hambamu yang bijaksana yang diberkati olehmu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam pengabdian padaMu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmatMu wahai Tuhan yang amat Belas kasih dan Penyayang"

7. Doa memohon istiqamah dalam solat :

ِءاَعُدْلَّبَقَتَو اَنَّبَر يِتَّيِّرُذ ْنِمَو ِةاَلَّصلا َميِقُم يِنْلَعْجا ِّبَر

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

8. Doa Nabi Ibrahim a.s.: Doa memohon mendapat keturunan yang baik-baik

ِءاَعُّدلا ُعيِمَس َكَّنِإًةَبِّيَط ًةَّيِّرُذَكْنُدَلْنِم يِلْبَه ِّبَر

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

9. Doa Nabi Zakaria a.s. : Doa memohon keampunan :

ُباَسِحْلا ُموُقَي َمْوَيَنيِنِمْؤُمْلِلَو َّيَدِلاَوِلَو يِلْرِفْغا اَنَّبَر

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ali-Imran ayat 38)

10. Doa yang afdhal di bulan Ramadan :

يِّنَعُفْعاَفَوْفَعْلَا ُّبِحُت ٌّوُفَع َكَّنِإ َّمُهَّللَا

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.'' (Hadis Riwayat Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih.)

11. Doa berlindung diri dari sifat-sifat buruk dan umur yang nyanyuk pinyuk :

ِرْبُقْلا ِباَذَعْنِم َكِب ُذْوُعَاَو اَيْنُّدلا ِةَنْتِفْنِم َكِب ُذْوُعَاَو ِرُمُعْلا ِلَذْرَا ىَلِا َّدَرُا ْنَاْنِم َكِب ُذْوُعَاَو ِنْبُجْلا َنِم َكِبُذوُعَأَوِلْخُبْلاَنِم َكِبُذوُعَأ ىِّنِإ َّمُهَّللَا

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari sifat bakhil dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut. Dan aku berlindung padaMu akan dilanjutkan umur sampai umur tua pinyuk. Dan aku berlindung padaMu dari fitnah dunia. Dan aku berlindung padaMu dari azab seksa kubur." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

12. Doa memperelokkan amalan :

َكِتَداَبِع ِنْسُحَو َكِرْكُشَو َكِرْكِذ ىَلَع يِنِعَأ َّمُهللا

”Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)

13. Doa membaiki segala urusan :

ٍّرَش ِّلُك ْنِم ىِل ًةَحاَر َتْوَمْلا ِلَعْجاَو ٍرْيَخ ِّلُك ىِف ىِل ًةَداَيِزَةاَيَحْلا ِلَعْجاَو ىِداَعَماَهيِف ىِتَّلا ىِتَرِخآ ىِلْحِلْصَأَو ىِشاَعَماَهيِف ىِتَّلاَىاَيْنُد ىِلْحِلْصَأَو ىِرْمَأ ُةَمْصِع َوُه ىِذَّلاَىِنيِد ىِلْحِلْصَأ َّمُهَّللا

"Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku; perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku; perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala keburukan."

Beramallah dengan doa-doa di atas dalam usaha kita untuk memohon rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin yang perlu di amalkan dan di hayati di dalam kehidupannya setiap hari.

Empat Amalan Dapat Menambahkan Berat Pahala Semasa Mizan Di Hari Akhirat.


Bismillahirrahmanirrahim

Timbangan amal (mizan) adalah tempat penentuan seseorang hamba Allah itu samaada akan ditempatkan disyurga atau neraka. Jika berat pahala/ kebaikannya maka syurgalah balasannya begitu juga jika berat dosa/ amalan buruknya maka nerakalah balasan yang akan diterima.

Untuk menyelamatkan kita dengan mendapat berat amal kebaikannya maka perlulah berusaha mencari jenis-jenis amalan yang boleh menjadikan amal kebaikan kita menjadi berat semasa ditimbang.

Terdapat empat amalan yang boleh menambahkan berat timbangan amal seseorang di hari akhirat iaitu :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Ketiga : Akhlak yang baik.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Huraiannya :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Puasa yang dikerjakan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar (dengan rahmatNya), hanya Allah Subhanahu Wa Taalah yang mengetahuinya.

Menurut alim ulamak, di akhirat kelak, jika kita telah ketandusan pahala kerana membayar hutang kepada penuntut-penuntut hutang pahala di atas dosa-dosa yang kita lakukan terhadap seseorang semasa di dunia, pahala puasa tidak akan diberi sebagai membayar hutang. Pahala puasa akan hanya digunakan apabila kita menghadapi timbangan amal (mizan) untuk menimbang dosa dan pahala di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala kelak. Dengan rahmatNya, Allah Subhanahu Wa Taala akan membayarnya dengan pahala puasa kita (hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui nilai tersebut).

Status orang yang berpuasa dengan ikhlas dan taat (berkualiti) begitu istimewa disisi Allah Subhanahu Wa Taalah. Puasa yang ikhlas adalah ibarat perisai, pendinding dan benteng dari kelemahan rohani dan jasmani sekali gus menghindarkan kita dari dosa-dosa besar dan kecil.

Firman Allah SWT maksudnya : "Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKu, dan Akulah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNya). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada kasturi." (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dalam al Kabir dari Ibnu Mas'ud dan lain-lain)

Di dalam satu lagi Hadis Qudsi Allah Subhanahu Wa Taalah berfirman maksudnya: "Puasa itu dinding atau perisai dari api neraka dan ia adalah untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (yang berpuasa) meninggalkan nafsu syahwat, meninggalkan makan dan minum kerana Aku. Sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi". (Hadis Qudsi Riwayat Baghawi, Tabrani dan 'Abdan bin Basyir dari Ibnu Khasasiah).

Dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud : "Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu bernama Ar-Royyaan. Tidak diperkenankan masuk melaluinya kecuali orang-orang yang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dari Sahl bin Sa'd).

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Nabi SAW ada memberi pesanan bahawa ada terdapat sebuah zikir yang mudah diulangkan setiap saat, namun berat di timbangan amalan. Zikir tersebut adalah bacaan “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

ِميِظَعْلا ِهَّللا َناَحْبُس ،ِهِدْمَحِبَو ِهَّللا َناَحْبُس ِنَمْحَّرلا ىَلِإِناَتَبيِبَح،ِناَزيِمْلا ىِف ِناَتَليِقَث ، ِناَسِّللا ىَلَع ِناَتَفيِفَخ ِناَتَمِلَك

"Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (Hadis Riwayat Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Ketiga : Akhlak yang baik.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:

ُجْرَفْلاَو ُمَفْلا َلاَقَف َراَّنلا َساَّنلاُلِخْدُياَم ِرَثْكَأْنَع َلِئُسَو ِقُلُخْلا ُنْسُحَوِهَّللا ىَوْقَت َلاَقَفَةَّنَجْلا َساَّنلا ُلِخْدُياَم ِرَثْكَأ ْنَع َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ىَّلَص ِهَّللا ُلوُسَر َلِئُس

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Dan baginda juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, maka baginda menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat. At-Tirmizi no. 2004)

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

ِمِئاَقْلا ِمِئاَّصلا َةَجَرَدِهِقُلُخ ِنْسُحِبُكِرْدُيَل َنِمْؤُمْلاَّنِإ

Maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin betul-betul akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan solat dengan akhlak baiknya.” (Hadis Riwayat. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dlm Shahih Al-Jami’ no. 1932)

Apakah yang dimaksudkan akhlak yang baik?

1. Membuangkan semua sifat-sifat mazmumah seperi riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati, hasad dengki, suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan suka memutuskan silaturahim, suka dedahkan aib orang lain dan sebagainya.

2. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, sabar , zuhud, qanaah, syukur, reda dengan takdir Allah dan lain-lain lagi.

3. Istiqamah dengan amal Islam, amal ibadah dan amal-amal soleh seperti suka bersedekah, suka membantu orang lain, berdakwah, amal makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pertingkatkan amal-amal soleh kita dan lakukanlah semata-mata kerana Allah SWT. Pertingkatkan empat amalan kebaikan seperti di atas sebagai usaha-usaha kita untuk memberatkan timbangan amal pahala kita ketika menghadapi hisab (mizan) di hari akhirat nanti. Jadikanlah puasa Ramadan kita ini sebagai amalan pertama yang akan mendapat kurniaan Allah SWT, berat timbangan amal dan dimasukkan-Nya kita kesyurga dengan rahmat -Nya.

Wauallahualam.

Terdapat 5 Gangguan Di Dalam Solat.

Assalamualaikum...

Bismilahirrahmanirrahim.

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.

Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwuduk) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib.Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesaidan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

Cuba elakkan gangguan-gangguan di dalam solat ini supaya solat kita mendapat khyusuk ketika kita kerjakan mencari keredaan Allah SWT.