my gread post

Saturday, December 21, 2013

Makna kalimah Asyhadu allailaha illAllah ( siri 1 )

Assalamualaikum...

Setiap orang yang beraqal, baligh (cukup umur) dan telah sampai padanya asal dakwah Islam iaitu kalimah "Lailaha illAllah Muhammad Rasulullah" maka wajib ke atasnya untuk masuk Islam dan kekal dalam Islam serta melakukan segala yg ditetapkan dalam Islam. Maka dia wajib tahu dan yakin dengan sebenar-benarnya serta mengucapkan dua kalimah syahadah tersebut serta merta jika dia bukan Muslim, dan jika dia orang Muslim maka wajib menyebutnya dalam solat, dua kalimah syahadah tersebut adalah:

'"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu persuruh Allah"

1.Makna aku bersaksi: aku tahu, aku yakin dan aku ucapkan

2.Makna tiada tuhan melainkan Allah: tiada tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, (makna yang disembah adalah yang diberi sehabis-habis kehinaan dan setinggi-tinggi keagungan)

Antara sifat-sifat Allah: Esa iaitu tiada sekutu bagiNya dan tidak menerima berbahagi kerana Dia bukan jisim yang berbentuk, Yang tiada permulaan iaitu Dia ada tanpa didahului dengan tiada, Yang hdup, Yang tidak berhajat pada sesuatu, Yang kekal iaitu tidak binasa, Yang mencipta segala-galanya, Yang mengurniakan rezki kepada makhluk, Yang maha mengetahui tiap2 sesuatu, Yang berkuasa dan perbuat bagi semua perkara yang Dia kehendak (Semua yang Dia kehendak pada azal, pasti berlaku, dan semua yang dia tidak kehendak pada azal pasti tidak berlaku), Dia bersifat dengan setiap sifat sempurna yang layak bagiNya, yang maha suci daripada setiap kekurangan bagi zatNya.

Kesimpulan :

Allah bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, Allah tidak berhajat pada sesuatu, Allah tiada arah kerana Allah yang mencipta arah, Allah tidak bertempat kerana Allah yang menciptakan tempat, Allah ada tanpa berbentuk kerana dia yang menciptakan bentuk dan ruang, Allah tidak beranggota kerana dia bukan seperti makhluk,Allah bukan sedang duduk di atas 'arasy kerana Allah yang menciptakan 'Arasy, Allah bukan dilangit kerana Dia yang menciptakan langit, Allah bukan dimana-mana. Allah ada tanpa tempat

Inilah aqidah ahli sunnah wal jama'ah, aqidah para nabi dan sahabat nabi, aqidah para ulama' salaf dan khalaf, aqidah yang benar adalah aqidah yang mengikut Imam Abu Hassan Asy'Ari dan Iman Abu Mansur Al-Maturidi. Kita semua di Malaysia dan majoriti Ulama' Islam adalah Asy'irah dan Maturidiah.

No comments: