my gread post

Thursday, December 26, 2013

~COUPLE ISLAMIK~

Assalamualaikum....

Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC" Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni???Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam P/s : Couple itu Haram..Jauhi Pergaulan bebas..

Monday, December 23, 2013

Tazkirah Solat

Assalamualaikum..

SOLAT : JOM SHARE

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain. - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..." - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat - ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya" - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. -Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah - TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. -Ustaz Pahrol

Sunday, December 22, 2013

Jom jadi 5 golongan ini

Assalamualaikum ....

MUKMIN ada 3 tanda-tandanya : 1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2. Tidak Tepersona dengan Pujuk rayu.
3. Benci terhadap perbualan yang sia-sia.

ALIM ada 3 tanda-tandanya :
1. Jujur dalam berkata2.
2. Menjauhi segala yang haram.
3. Merendahkan diri.

JUJUR ada 3 tanda-tandanya :
1. Merahsiakan ibadahnya.
2. Merahsiakan sedekahnya.
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya.

TAKWA ada 3 tanda-tandanya :
1. Takut berlaku DUSTA
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang HALAL KERANA TAKUT KEHARAMAN

AHLI IBADAH ada 3 tanda-tandanya :
1. Mengawasi diri nya.
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT

------------  Moga Allah Redha .

Saturday, December 21, 2013

UNTUK MU YANG PERNAH SINGGAH DI HATI KU

Assalamualaikum...

Untukmu yang pernah singgah di hatiku..
Untukmu yang pernah hinggap di hidupku..
Untukmu yang pernah menjadi bahagian masa laluku.
Untukmu yang penah bersehati bersamaku.

●Terimakasih.. Atas sepenggal episode dalam cerita hidupku.. Atas seberkas kisah yang mewarnai lembar masa laluku.. Atas manis dan pahitnya cinta palsu dalam perjalanan hidupku.

● Maafkan aku.. Atas segala kebodohanku yang pernah mengagumimu kala itu.. Atas segala sikap pengecutku yang tak mampu membahagiakanmu saat itu.. Dan atas segala kepalsuan rasaku dalam menyanjungmu masa itu.

● Mengenalmu.. Adalah hal terindah yang takkan aku sesali..mengenalmu menyadarkan aku, sebodoh apa diri ini. Dan merajut kisah bersamamu, mengajarkan aku untuk tak tenggelam dalam kesalahan yang sama.

● Yakinlah.. Tidak semata-mata ALLAH memisahkan aku darimu.. Tidak semata-mata ALLAH menjauhkanmu dariku.. Melainkan ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik bagimu dan bagiku..

●Kini.. Aku telah temukan bahagiaku meski tanpamu.. Membingkai surga dalam keluaega.. Merajut cinta dalam naungan keredhaan-NYA.. Yang banyak mengajarkan aku, siapa sejatinya diriku..

● Semoga kelak.. kau temukan kebahagiaanmu.. Dalam keberkahan yang dipenuhi sakinah mawaddah dan rahmah..

Makna kalimah Asyhadu allailaha illAllah ( siri 1 )

Assalamualaikum...

Setiap orang yang beraqal, baligh (cukup umur) dan telah sampai padanya asal dakwah Islam iaitu kalimah "Lailaha illAllah Muhammad Rasulullah" maka wajib ke atasnya untuk masuk Islam dan kekal dalam Islam serta melakukan segala yg ditetapkan dalam Islam. Maka dia wajib tahu dan yakin dengan sebenar-benarnya serta mengucapkan dua kalimah syahadah tersebut serta merta jika dia bukan Muslim, dan jika dia orang Muslim maka wajib menyebutnya dalam solat, dua kalimah syahadah tersebut adalah:

'"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu persuruh Allah"

1.Makna aku bersaksi: aku tahu, aku yakin dan aku ucapkan

2.Makna tiada tuhan melainkan Allah: tiada tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, (makna yang disembah adalah yang diberi sehabis-habis kehinaan dan setinggi-tinggi keagungan)

Antara sifat-sifat Allah: Esa iaitu tiada sekutu bagiNya dan tidak menerima berbahagi kerana Dia bukan jisim yang berbentuk, Yang tiada permulaan iaitu Dia ada tanpa didahului dengan tiada, Yang hdup, Yang tidak berhajat pada sesuatu, Yang kekal iaitu tidak binasa, Yang mencipta segala-galanya, Yang mengurniakan rezki kepada makhluk, Yang maha mengetahui tiap2 sesuatu, Yang berkuasa dan perbuat bagi semua perkara yang Dia kehendak (Semua yang Dia kehendak pada azal, pasti berlaku, dan semua yang dia tidak kehendak pada azal pasti tidak berlaku), Dia bersifat dengan setiap sifat sempurna yang layak bagiNya, yang maha suci daripada setiap kekurangan bagi zatNya.

Kesimpulan :

Allah bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, Allah tidak berhajat pada sesuatu, Allah tiada arah kerana Allah yang mencipta arah, Allah tidak bertempat kerana Allah yang menciptakan tempat, Allah ada tanpa berbentuk kerana dia yang menciptakan bentuk dan ruang, Allah tidak beranggota kerana dia bukan seperti makhluk,Allah bukan sedang duduk di atas 'arasy kerana Allah yang menciptakan 'Arasy, Allah bukan dilangit kerana Dia yang menciptakan langit, Allah bukan dimana-mana. Allah ada tanpa tempat

Inilah aqidah ahli sunnah wal jama'ah, aqidah para nabi dan sahabat nabi, aqidah para ulama' salaf dan khalaf, aqidah yang benar adalah aqidah yang mengikut Imam Abu Hassan Asy'Ari dan Iman Abu Mansur Al-Maturidi. Kita semua di Malaysia dan majoriti Ulama' Islam adalah Asy'irah dan Maturidiah.

Wednesday, December 18, 2013

Rindukan Rasulullah SAW

Assalamualaikum...

"Rindu buah hati yang jauh, sms guna handphone. Rindu kepada Rasulullah, 'sms' dengan berselawat" ~ Ustaz Azhar Idrus ~

.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♥♥♥♥♥♥•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.

Marilah berselawat ..

ٍدَّمَحُم ِلآ ىَلَع َو ٍدَّمَحُم ىَلَع ِّلَص َّمُهَّللا

Selawat akan dihantar secara terus kpd Rasulullah.

"...Allah dan malaikatnya berselawat ke atas Nabi. Wahai org2 yg beriman, hendaklah kamu berselawat dan salam kpd baginda." (Al-Ahzab: 56)

Banyakkan selawat di hari Jumaat.

Di antara kelebihan selawat:

"Sebaik2 hari ialah hari Jumaat, maka banyakkan selawat ke atasku pd hari tersebut. Selawat kamu akan diperlihatkan kepadaku." (HR Abu Dawud)

"Banyakkan selawat kpd ku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yg berselawat untukku 1 kali, Allah akan berselawat kpdnya 10 kali." (HR Baihaqi)

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda." (HR Muslim)

"Barangsiapa yg berselawat kpdku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pd hari kiamat dgn keadaan bercahaya." (HR Abu Naim).

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Assalamualaikum.

KESILAPAN DAN KEKELIRUAN WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

- Ustaz Zaharuddin.

Tuesday, December 17, 2013

Perjuangan Seorang Ibu

Assalamualaikum...

Ibu kita membawa kita di dalam perutnya selama 9 bulan.

4 bulan itu ibu berasa tidak selesa –terasa nak muntah, kaki membengkak, kulit merekah.

Naik tangga menjadi satu kesusahan, kadangkala pernafasan menjadi cepat, waktu malam susah nak tidur.

Untuk membawa kita ke dunia, ibu terpaksa melalui kesakitan yang tiada seorang lelaki yang boleh tahan di dunia ini.

Selepas itu, ibu menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, penyokong setia kita, guru kita dan rakan kita terbaik.

Kita senyum, ibu akan senyum. Kita gagal, ibulah yang paling sedih tapi pada masa yang masa menahan air mata dan memberikan galakan. Kita sentiasa dalam doa ibu. Segala yang terbaik diberikan kepada kita semampu boleh.

Tapi berapa orang yang ingat hari jadi ibu? Mengapa ramai adik beradik tidak mampu menjaga ibu ketikanya uzur sedangkan ibu boleh menjaga semua adik beradik?

Tapi apabila kita jatuh sakit, dihina dan ingin meminta sesuatu, kita selalu teringatkan ibu.

Hayatilah masa bersama ibu ketika masa bersama masih ada.

Kehilangan ibu akan sangat terasa selepas ibu meninggal, tapi jangan kita hidup menyesal kerana tidak pernah berusaha untuk menjaganya ketikanya tua.

Kepada para ibu dan bakal menjadi ibu yang sedang membaca, senyum.

Kepada para pembaca yang teringat ibu ketika membaca ini, senyum.

Luang dan hayati masa bersama ibu.

Senyum lagi.

Suara Perempuan Itu Aurat ?

Assalamualaikum...

Membetulkan salah faham. Berkenaan suara wanita, bilakah masanya aurat?bilakah masanya harus? Dalil bahawa HARAMnya wanita menyanyi depan bukan mahram.

Suara wanita hukum asalnya bukan aurat. Tapi suara wanita yg dilembutkan atau dilenggok-lenggokkan menjadi alunan atau nyanyian yg merdu atau lunak, itulah aurat.

Dalilnya: "Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Surah Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini (Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137)

Imam As-Suddi berkata: larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

#Termasuklah dalam kes ini, perempuan yg sengaja bercakap dgn menggunakan gaya bahasa/tutur kata yg manja...Itu jugak HARAM

Wallahualam

Tidak Menutup Aurat tetapi Solat Lima Waktu

Assalamualaikum..

Soalan: Apakah hukum perempuan tidak menutup aurat tapi solat lima waktu tidak tinggal?

Ustaz Azhar Idrus: Tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam. Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun. Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.

Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut.

Perempuan yang tidak pakai tudung tapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tapi tidak solat.

Bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung

Kisah Bilal bin Rabah

Assalamualaikum.

Kisah Bilal bin Rabah selepas Rasulullah SAW wafat..

Selepas Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah Bilal Ibnu Rabbah r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam . Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu ketika, waktu Saidina Umar menjadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihiasi suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

Dalam satu riwayat menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata kesayangan Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seakan-akan hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut ربكأ هللا ربكأ هللا , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut ربكأ هللا ربكأ هللا , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut هللا الإ هل إ ال نأ دهشأ , dan bila Bilal sebut هللا لوسر ادمحم نأ دهشأ , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut هللا لوسر ادمحم نأ دهشأ aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasaan rindu yg teramat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut..

Soal Jawab Mengenai Purdah atau Niqab Bersama UAI

Assalamualaikum...

Antara koleksi-koleksi soalan mengenai niqab dan purdah yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus

1.*ada sorg hamba Allah nie die memperlekehkan pemakaian purdah..

Ustaz Azhar Idrus : "haram..jika niat persendakan hukum agama jadi murtad.."

2.*assalamualaikum..ape hukum pakai purdah?adakah ia dituntut oleh islam atau hanya tradisi org arab?

Ustaz Azhar Idrus :"wsalam..wajib jika wajah yg boleh tarik perhatian lelaki..."

3*ape hukum wanita yg menutup aurat walaupun pakai purdah mandi ditempat awam seperti laut..

Ustaz Azhar Idrus : "harus selama mana menutup aurat.."

4*Betulkah kelebihan buat wanita yang berpurdah,masa di akhirat nanti, Allah sendiri yang datang bertemu mereka?

Ustaz Azhar Idrus : "tidak disebut dalam mana2 hadis begitu tetapi siapa yg menutup aurat kerana Allah, dia akan dimuliakan Allah di hari akhirat nanti.."

5.*ustaz..seorang suami cakap pada seorang isteri : "saya tak suruh awk pakai purdah tapi saya lebih suka tegok awak berpurdah " soalan; .adakah wajib si isteri ni pakai purdah..

Ustaz Azhar Idrus:" sunat.."

6*ape hujah yg paling best nk ckp pde parents pasal kite nk berniqab..

Ustaz Azhar Idrus : "tak perlu kebenaran keluarga..ianya hukum Islam yg bebas siapa saja nak amalkan cuma apabila ditanya, katakan saya senang begini.. insyaAllah akhirnya mereka menerima.. "

7*ustaz..kalau org prempuan tu pakai purdoh doh pahtu labuh molek belake tapi ambe jadi syok tgk lame2 guane ustaz?nampok ye makin cantik jelita bila berpurdah berbanding mase ye berpakaian biase..sapa kelu lidah nk ucap subhanallah ke astaghfirullah...

Ustaz Azhar Idrus : "bila dah berpurdah, kita masih duk syok lg tu bkn salah yg berpurdah...salah kita dah tu sbb tengok dgn nafsu.."

8*assalamualaikum ustaz, bulis ker org puang cakak gni; "dok redi ag pakai niqab/tudung labuh"? brase mcm dok patut je ckp gni..

Ustaz Azhar Idrus: "tapi malaikat maut sentiasa ready nak ambil nyawanya bila2 masa.."

9*Assalamualaikum Ustaz. Bagi perempuan,ada tak solusi untuk mengelakkan fitnah selain berpurdah?Sepupu saya sudah berusaha sebaik mungkin jaga aurat dan batasan pergaulan, tapi selalu kene kacau dengan kebanyakan lelaki..

Ustaz Azhar Idrus : "wsalam..mengelakkan diri dari lelaki atau berteman."

Wallahualam.. :)

Kata-kata Hikmah dan Peringatan Ustaz Azhar Idrus

Assalamuallaikum wbt,

ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.

Bersyukur kerana kita masih diizinkan untuk terus menghirup udara segar kurniaan YANG MAHA ESA dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin pahala menuju akhirat yang kekal abadi.Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan-NYA.

Insya-ALLAH,kali ini saya akan memaparkan sedikit sebanyak mengenai kata-kata hikmah dan peringatan daripada Ustaz Azhar Idrus atau UAI.

1.Mengenai percintaan /perkhawinan

Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.

Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.

Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.

Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.

Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.

Perkahwinan paling berkat –Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll) HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah.

Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.

Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.

Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia) Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.

Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.

Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayah dia sekali. Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.

Hukum bercouple/berpasang-pasangan sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi tetapi meniru gaya barat.

Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok, Dop payoh/sukar nikoh ni, bende yang mudoh.

Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki" Tapi perempuan yg baik akan membuka "hati lelaki".

Bercouple dengan Bercinta adalah berbeza.

"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah.

Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.

Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu siapa yang kencing berdiri, perbuatannya makruh tapi tak berdosa.

Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama.

Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata. Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.

2.umum

Jangan hanya melihat KEBURUKAN ORANG, kerana SEBURUK-BURUKNYA dia, ada 1001 KEBAIKAN yang kamu tidak pernah lihat :)

Masih bernyawa adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya.

Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan.

Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur.

Kita janganlah taksub sangat dengan artis. Haram jadinya kalau kita terlampau taksub dan memuja mereka.

3.suami isteri/rumah tangga

Satu suap rezeki yang halal masuk ke dalam mulut isteri kita sama macam kita bagi satu sedekah kepada fakir miskin.

Kena ingat bila menjadi suami atau isteri, kedua-duanya ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh ALLAH pada hari akhirat nanti.

Sayangi isteri mung/kamu walau seburuk mana pun perangai mereka. Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami.

Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli. Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri.

Bimbinglah isterimu dengan penuh kasih sayang, didiklah mereka menjadi wanita solehah kerana mereka bakal menjadi kekasih syurgamu.

Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa isterinya setiap hari sebelum tidur.

Sekian daripada saya,

Semua yang lemah datangnya daripada saya sendiri.Semoga ALLAH terus meningkatkan ilmu di dalam dada kita semua.Wallahualam

Assalamuallaikum WBT. :)

Wahai kaum ADAM bacalah dengan mata hati anda ..

Assalamualaikum....

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “Tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang biasa menggoncang dunia dan mungkin boleh membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Friday, December 13, 2013

Rahsia Bisnes Cara Rasullullah SAW

Assalamualaikumm...
Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS.

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.

Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.

Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.

Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”

Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari. Tetapi apabila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.

Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:

“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”

Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.

Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

Jujur Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longg okkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.

Wallahualam.

Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)

APA YANG ANDA FIKIR, ANDA LIHAT APA YANG ANDA FIKIR, ANDA BUAT APA YANG ANDA FIKIR, ITULAH ANDA..

Thursday, December 12, 2013

solat taubat..Allahhh...Allah...Allah

SOLAT TAUBAT  - Moh kite 

Bila waktunya kita lakukan solat ini?
-dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. 

Berapa rakaat solat taubat dilakukan?
-2 Rakaat,4 Rakaat, 6 Rakaat pada bila2 masa yg dikehendaki tapi lebih afdhal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Niat Solat Taubat?.
-Daku solat sunat taubat 2 Rakaat kerana Alla Ta'ala

Bacaan surahnya bagaimana?
Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-ikhlas 

semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Baca Doa Taubat:
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Nota:
Latih diri buat solat ini sehari sekali.
Latih diri berhenti daripada membuat kesalahan yg sama.

Monday, December 9, 2013

Petua. kehidupan ke arah jannah..


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. 
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. 
Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, supaya jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat. 

Al-Quran.. (penyeri kehidupan)


Dimanakah hati kita tatkala kita membaca AlQuran?Pernahkah kita merasa keliru dan tidak dapat menghayati makna dalam AlQuran? Atau pernahkah kita terasa seolah-olah lidah sukar untuk menyebut bacaan AlQuran dengan tajwid dan makhraj yang betul walhal kebiasaanya kita dapat membacanya dengan lancar.Pernahkah kita terasa seolah amaran-amaran Allah dari kalamullah AlQuran tidak melahirkan rasa gentar dalam hati?Dimanakah ketenangan yang dicari?Apakah silapnya?

Sedikit perkongsian ilmu buat para pembaca yang mencintai ayat ALQuran,petikan diambil dari buku Penawar Hati Penenang Jiwa tulisan Abu Mazaaya Al-Hafiiz.Menekankan betapa pentingnya Istiazah iaitu berlindung dengan Allah dari syaitan laknatullah..agar keihkhlasan terbit,gentar hadir,Ketenangan lahir..dan rindulah pada ayat-ayat Allah..Betapa keindahan AlQuran seharusnya dihayati dan meresap dalam diri..InsyaAllah..


Mengenai fasal ini,Allah berfirman :

“apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.”
(Surah Al-Nahl:98-1oo)

Lapan pengajaran yang kita dapat hayati dari perintah Allah tersebut iaitu;

1) Alquran adalah penyembuh dari berbagai penyakit hati.Ia juga boleh menghilangkan sikap was-was,segala jenis syahwat dan berbagai keinginan atau kehendak yang merosakkan yang semua itu disebabkan oleh tipu daya syaitan.AlQuran boleh menawarkan apa-apa penyakit akibat keracunan yang dibuat oleh syaitan didalam hati seseorang.Kerana itulah diperintahkan agar menjauhi racun yang menyakitkan itu dan membersihkan hati daripadanya dengan penawar saki-baki penyakit yang ada di dalamnya,ianya boleh diusahakan dengan membaca istiazah dengan penuh khusyu’ dan Tadabbur (menghayati isi kandungannya).

2) AlQuran adalah petunjuk hidayah,faktor yang menunjukkkan segala kebaikan di dalam hati.Hal ini boleh diumpamakan sebagai fungsi air bagi sesuatu tumbuhan.Syaitan pula disifatkan sebagai panas atau api yang mengeringkan tumbuhan tersebut dari masa ke semasa.Syaitan selalu berusaha untuk membunuh benih-benih kebaikan yang ada di dalam hati sehinggalah ia tidak terdaya untuk tumbuh dengan subur.Kalaupun boleh menjadi tumbuhan tetapi ia menjadi tumbuhan beracun atau berpenyakit.Oleh yang demikian,diperintahkan agar beristiazah kepada Allah dari syaitan agar apa-apa kebaikan yang dihasilkan oleh AlQuran tersebut tidak rosak akibat racun atau penyakit yang ditaburkan oleh syaitan.

3) Seseungguhnya para malaikat akan berdatangan dan mendekati orang yang membaca dan mendengarkannya dengan penuh khusyuk.Hal ini seperti mana diterangkan dalam hadith “Ketika Usaid bin Hudlair membaca AlQuran ia ternampak lembaga seperti khemah yang didalamnya terdapat lampu-lampu.Kemudian baginda Nabi SAW bersabda “Itulah Para malaikat.” (Maksud Hadith riwayat Bukhari dan muslim dari Abu Said Al-Hudri ra.)

4) Sesungguhnya syaitan berupaya sekuat tenaga dengan melalui pelbagai cara untuk melalaikan dan mengalpakan hati manusia.Sehingga diharapkan hatinya boleh kosong dari memahami maksud Al-Quran,iaitu bertadabbur (menghayati) apa-apa bacaan ketika membaca Al-Quran.Seterusnya syaitan mengharapkan agar boleh mengalihkan hati manusia dari menumpukan makna-makna ALQuran.Sebagai akibatnya seseorang membaca Alquran tersebut tidak sempurna di dalam mengambil manfaat dari ALquran.Kerana itulah disuruh agar beristiazah ketika hendak membaca AlQuran.

5) Seseorang yang membaca AlQuran bererti juga sedang bermanfaat,iaitu memanjatkan doa dengan menyebut kalam Allah.Allah Azza Wa Jalla mendengar dan sungguh memperhatikan bacaan-bacaan AlQuran,apalgi jika ia dibacakan dengan secara yang merdu dan Nagham (lagu dalam membaca AlQuran) yang sangat indah.Syaitan pula sangat gemar menyanyikan dan mendengarkan nyanyian-nyanyian yang penuh kelucahan dan mendatangkan syahwat (berahi).Dengan demikian seorang yang akan membaca AlQuran disyariatkan agar berisitiazah bagi menjauhkan syaitan dari dirinya,seterusnya mempersembahkan bacaanya (ALQuran) ke hadapan Tuhannya.

6) Sesungguhnya ALLAH telah menceritakan bahawa Allah SWT tiada mengutus seorang Rasul atau Nabi melainkan syaitan akan bertindak menghalangi apa yang ada pada hati mereka (iaitu untuk berdakwah mentauhidkan Allah). Para ahli salaf berpendapat juga bahawa para Rasul dan Nabi ,jika mereka hendak membaca Kalamullah, maka syaitan mesti akan menyibuk dan menghalang-halangi mereka. Jika terhadap Nabi dan Rasul pun,syaitan bersikap demikian,apatah lagi sikapnya terhadap manusia biasa.Tentunya lebih dasyat lagi.Ia sentiasa berusaha untuk mengelirukan pembaca AlQuran dari bacaannya,mengelirukan dan memilatkan lidahnya,menyekat pergerakan lisannya dan menggoda hatinya agar lalai dari kandungan makna bacaannya.Dengan demikian beristiazah kepada Allah dari kejahatannya adalah suatu hal yang penting,agar seorang pembaca AlQuran tersebut berjaya mencapai matlamat dari bacaannya dengan baik.

7) Syaitan sangat susah hati jika seseorang manusia mempunyai azam atau keinginan baik di hatinya.Pada saat itu,ia berusaha agar dapat membuang azam baik tersebut dan menghalangnya dari terus meresap ke dalam hati manusia tersebut.Dalam satu hadith sahih disebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “sesungguhnya kelmarin syaitan meloncat dihadapanku dan hendak berusaha agar solatku terputus (terbatal).”Adalah menjadi kenyataan bahawa apapun perbuatan yang paling banyak menghasilkan manfaat bagi seorang hamba dan lebih mendekatkan kecintaan kepada Allah,maka sudah mesti syaitan menghalangnya dengan lebih dasyat.

8) Sesungguhnya membaca istiazah sebelum berlangsungnnya bacaan AlQuran adalah satu tanda atau pemberitahuan bahawa apa yang akan datang sesudahnya (iaitu apa yang diperdengarkannya) adalah kalamullah AlQuran.Bahkan istiazah lebih merupakan satu mukaddimah dan peringatan kepada para pendengar bahawa apa yang akan disampaikan kepadanya adalah AlQuran.Dengan demikian,jika seseorang itu mendengar bacaan istiazah,hendaklah ia segera membuat persediaan diri bagi mendengar dan memperhatikan kalamullah AlQuran.

Beristizahlah dengan bersungguh-sungguh,semoga kita sentiasa mendapat perlindungan dari Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita dengan pandangan-pandangan yang melalaikan. Barulah Ayat suci AlQuran dapat meresap dalam diri..Tanyakan diri sejenak..berapa banyak surah ALQuran yang dihafal berbanding lirik-lirik lagu yang lagha diluar sana?Tepuk dada..tanya lah Iman..bicara lah pada fikiran..dan tegurlah hati..
Wassalam..

KUTHBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.



 Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.



 Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



 Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu.



 Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.



Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.



 Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

12 BARISAN DI PADANG MAHSYAR



Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah saw: “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
  BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka."
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
  BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah neraka."
  BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T., maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
  BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
  BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru , sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ”Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
  BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
  BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut, dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."
  BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih.

Tuesday, December 3, 2013

30 PeRbEzAan CinTa antArA LeLaKi dAn PEremPuAn


Ya Allah, Diakah Jodohku...??? try baca niey... nah bagi pasangan2 di luar sana...

1. ketika  ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
2.wahai lelaki, ketika engaku berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya beerti engkau mencintainya.
3. di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.
4. cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
5. ketika lelaki mengatakan "Perempuan itu tidak mempunyai perasaan" beerti perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya.
6. cinta seorang lelaki bagai menulis di atas air atau paling besar seperti dia menulis di atas pasir.
7. hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas, biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung di bawahnya.
8. bagi perempuan, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya ,mencintai, dikecewakan kemudian bersedih..
9. banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta, tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak..
10. cinta adalah sebuah kisah yang di dalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan, sedangkan bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
11. dalam kehidupan seorang perempuan, ada suatu masa yang dia perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
12. cinta : perempuan, lelaki, dan larangan.
13. betapa pun seorang perempuan bermulut seribu, namn cinta mengajarnya diam.
14.wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
15. dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apayang dilakukan oleh kekasihnya.
16.  ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan merendahkannya.
17.  dalam percintaan, lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
18. dalam percintaan, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya, kecuali satu perkara, mencintainya terus-menerus.
19. keinginan seorang perempuan boleh dibengkokkan terserah kepada orang yang dicintai.
20. dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada perempuan, namun tidak dalam percintaan.
21. dalam percintaan, lelaki bak serigala yang ganas, berhati-hatilah..!! perempuan, pula menyerahkan segala-galanya dan sedia berkorban.
22. cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak.
23. tidak ada yang mampu mencabut cinta dari hati seorang perempuan, selain cinta yang baru.
24. seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanda orang yang dia cintai.
25. cinta, merasuk pada jiwa seorang perempuan dalam perhitungan detik yang penuh ketenangan dan takjub.
26. perempuan mencintai pasangannyauntuk dirinya, begitu juga lelaki.
27. cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang perempuan  bagai lembaran2 kertas yang tidak pernah habis.
28. kebahagian seorang perempuan, ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
29. kala perempuan itu jatuh cinta, dia mulakan dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.
30.  perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yangtidak akan lekang daripada diri perempuan.

*amacam... panjang x..?? so.. tahniah bagi anda yang menghabiskan bacaan entri niey... kalu ada yang x betol dalam diri anda... apa kata perbetulkan ia ke arah kebaikan... thanx semua... assalamualaikum..

Kata-kata Hikmah





Assalamualaikum...
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….

39.              Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
61.              Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
62.              Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
67.              Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
69.              Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni
70.              Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat - Beng Tju
71.              Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
72.              Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
73.              Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
74.              Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
75.              Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
76.              Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
77.              Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
78.              Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
79.              Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius
80.              Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
81.              Orang yang berkhianat selalu terhina.
82.              Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson
83.              Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
84.              Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
85.              Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
86.              Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
87.              Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
88.              Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
89.              Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
90.              Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
91.              Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
92.              Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
93.              Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
96.              Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
97.              Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
98.              Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
99.              Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
100.          Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
101.          Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
102.          Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah Arab
103.          Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze
104.          Awal mula pohon ialah benih.
105.          Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
106.          Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
107.          Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
108.          Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
109.          Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
110.          Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
111.          Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
112.          Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
113.          Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
114.          Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
115.          Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
116.          Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
117.          Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
118.          Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
119.          Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
120.          Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
121.          Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
122.          Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
123.          Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
124.          Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
125.          Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
126.          Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
127.          Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
128.          Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
129.          Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
130.          Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
131.          Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
132.          Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah
133.          Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
134.          Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
135.          Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..
136.          Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews
137.          Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.
138.          Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
139.          Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane
140.          Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
141.          Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
142.          Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
143.          Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
144.          Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
145.          Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
146.          Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
147.          Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
148.          Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
149.          Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
150.          Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
151.          Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
152.          Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
154.          Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri \tidak suka memakannya.
155.          Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
156.          Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
157.          Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
158.          Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
159.          Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
160.          Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
161.          Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
162.          Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
163.          Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
164.          Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
165.          Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
166.          Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
167.          Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
168.          Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
169.          Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.
170.          Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
171.          Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
172.          Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
173.          Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
174.          Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
175.          Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
176.          Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
177.          Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
178.          Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
179.          Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
180.          Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
181.          Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
182.          Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
183.          Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
184.          Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
185.          Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
186.          Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
187.          Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
188.          Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
189.          Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
190.          Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
191.          Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
192.          Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
193.          Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
194.          Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
195.          Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
196.          Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
197.          Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
198.          Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
199.          Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
200.          Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
201.          Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
202.          Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe
203.          Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
204.          Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
205.          Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
206.          Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
207.          Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
208.          Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
209.          Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
210.          Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
211.          Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
212.          Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
213.          Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
214.          Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
215.          Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya
216.          Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
217.          Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
218.          Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
219.          Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson
220.          Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
221.          Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
222.          Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
223.          Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
224.          Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
225.          Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
226.          Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
227.          Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
228.          Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.
229.          Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
230.          Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
231.          Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
232.          Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
233.          Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
234.          Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
235.          Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
236.          Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
237.          Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
238.          Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
239.          Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
240.          Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
241.          Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
242.          Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
243.          Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
244.          Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
245.          Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
246.          Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
247.          Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
248.          Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
249.          Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
250.          Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
251.          Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
252.          Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
253.          Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier
254.          Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
255.          Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
256.          Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
257.          Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
258.          Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
259.          Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
260.          Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
261.          Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
262.          Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
263.          Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse
264.          Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
265.          Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
266.          Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
267.          Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
268.          Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
269.          Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak
270.          Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
271.          Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
272.          Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
273.          Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
274.          Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
275.          Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
276.          Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
277.          Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
278.          Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
279.          Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga
280.          Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
281.          Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana
282.          Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
283.          Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
284.          Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
285.          Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
286.          Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
287.          Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
288.          Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
289.          Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
290.          Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang
291.          Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
292.          Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
293.          Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
294.          Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
295.          percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
296.          Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
297.          Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
298.          Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
299.          Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin
300.          Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius
301.          Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
302.          Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
303.          Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
304.          Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
305.          Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
306.          Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
307.          Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
308.          Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
309.          Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
310.          Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
311.          Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
312.          Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
313.          Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.
314.          Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
315.          Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
316.          Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
317.          Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
318.          Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
319.          Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
320.          Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier
321.          Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
322.          Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
323.          Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
324.          Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi
325.          Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
326.          Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
327.          Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
328.          Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain
329.          Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan
330.          Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki
331.          Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
332.          Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
333.          Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
334.          Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
335.          Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
336.          Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
337.          Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali
338.          Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
339.          Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
340.          Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
341.          Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. - Whittier
342.          Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
343.          Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti
344.          Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
345.          Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
346.          Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad


P/s: Kata kata hikmah ini saya terjumpa dalam google search dalam bentuk doc.  Tak pasti siapa pemiliknya.  Semoga kita semua mendapat manfaat darinya