my gread post

Wednesday, October 23, 2013

renungan hari ini ^^

Assalamualaikum....

Lelaki yang baik adalah lelaki yang terjumpa seorang perempuan yang cantk atau yang membuatnya tertarik, kemudian menundukkan pandangannya dan berkataAstarghfirullah hal 'azim...

Lelaki yang baik adalah lelaki yang bila ditolak cintanya kerna perempuan itu berniat untuk mengelakkan dirinya lalai dan turut menjadikan lelaki itu lalai dari mengingati Yang Maha Melihat, maka dia akan terimanya dengan redha serta tidak menganggu perempuan dan hatinya itu dar terus berjuang demi ALLAH...

Perempuan yang baik adalah perempuan yang tidak mudah terpikat dari kata-kata, serta tidak mudah goyah pendiriannya apabila dicerca,serta keras hatinya kerana pendiriannya untuk menjaga dirinya dari dilaknat olehNYA serta menjadi fitnah dunya bagi lelaki...

Perempuan yang baik adalah yang mengutamakan cinta kepada Allah, Rasul, ibu bapa dan keluarga dari yang lain. Meskipun tibanya seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya, namun kerana rasa takut padaNYA bahawa kalau dterimanya lelaki itu maka dia akan lalai dari meraih cintaNYA dia rela hilang cinta manusia itu demi kebaikan dirinya dan lelaki itu sendiri...

*Amat sukar untuk menjumpai lelaki dan perempuan sebegitu d akhir zaman ini,tetapi itu tidak bermakna mereka sudah pupus.Kalau anda ketemui mereka,hormatilah pendirian mereka...Jangan mencela atau memarahi mereka ini kerna mereka bukan sahaja melakukan ini untuk diri mereka sahaja dan Allah, tapi pada waktu yang sama mereka telah turut membantu dalam menyelamatkan anda dari terus terjerumus ke lembah kehinaan (:

No comments: