my gread post

Tuesday, October 22, 2013

KISAH IMAM ABU HANIFAH DENGAN KETUA PUAK ATHEIS

Ok, hari ni Fareez nak share cerita yang Fareez dengar daripada ustaz  fareez petang tadi. Kisah tentang Imam Abu Hanifah dengan ketua puak atheis. Sejauh mana kebenaran cerita ni, hanya Allah je yg tau. Sebab Fareez try search from Mr. Google and cerita yg Fareez baca hasil carian Mr. Google agak berlainan daripada cerita yg Fareez dengar daripada ustaz Fareez ni. Wallahu'alam... Cerita ini hanya untuk pengetahuan kita je, jangan terlampau percaya bulat-bulat. Takut salah pulak nanti.

Ok, macam ni ceritanya...

Imam Abu Hanifah mempunyai seorang tok guru. Tok guru ni lah yang banyak mendidik beliau dalam bidang agama. Pada suatu hari, seorang ketua puak atheis datang kepada tok guru untuk bertanya tentang Tuhan umat Islam, Allah S.W.T. Ketua tersebut bertanyakan di mana Allah S.W.T. Tok guru tak dapat menjawab soalan tersebut lalu beliau meminta diberikan masa untuk berfikir dan mencari jawapan bagi soalan tersebut. Suatu malam, tok guru bermimpi. Dalam mimpi itu, beliau sedang berjalan di dalam hutan. Sedang beliau berjalan datang seekor babi hutan menuju ke arah beliau. Dalam keadaan cemas itu, tiba-tiba seekor harimau menerkam babi tersebut  dan secara tak langsung menyelamatkan beliau. Keesokan harinya, tok guru menceritakan perihal mimpinya itu kepada Imam Abu Hanifah. Walaupun pada ketika itu Imam Abu Hanifah baru berusia 12 tahun, tetapi beliau dikurniakan kebolehan oleh Allah S.W.T. dengan kebolehan boleh mentafsirkan mimpi. Imam Abu Hanifah menerangkan kepada tok guru beliau bahawa babi hutan itu adalah ketua puak atheis tersebut manakala harimau yang menerkam babi hutan adalah Imam Abu Hanifah sendiri. Imam Abu Hanifah menerangkan lagi bahawa mimpi itu membawa maksud bahawa beliau sendiri yang akan menjawab soalan ketua puak atheis tersebut. Pada esok harinya, Imam Abu Hanifah pergi berjumpa dengan ketua puak atheis tersebut. Ketua puak atheis tidak percaya bahawa Imam Abu Hanifah yang baru berusia 12 tahun yang akan menjawab soalan bagi pihak tok gurunya. Lalu, Imam Abu Hanifah berkata bahawa Allah S.W.T. mengurniakan ilmu bukan hanya untuk orang yang berumur, tetapi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Ketua tersebut terdiam. Tanpa membuang masa, ketua tersebut terus mengajukan soalannya yang tertunda. Soalannya ialah " Di mana Allah S.W.T. ? ". Imam Abu Hanifah pula bertanya kepada ketua tersebut, adakah ketua tersebut percaya bahawa wujudnya roh dalam setiap jasad manusia. Ketua tersebut mengiakan soalan tersebut. Lalu Imam Abu Hanifah bertanya lagi tentang kedudukan roh dalam badan manusia. Ketua puak atheis tidak dapat menjawab soalan tersebut. Kemudian, Imam Abu Hanifah menerangkan bahawa begitu juga dengan Allah S.W.T. , kita percaya bahawa wujudnya Allah S.W.T. tetapi kita tidak akan pernah tahu di mana keberadaan Allah S.W.T. Ketua puak atheis tidak mengalah begitu saja. Dia mengajukan soalan yang ke-2. Soalannya berbunyi begini.
 " Apa yang ada sebelum dan selepas Allah S.W.T. ? " . Lalu Imam Abu Hanifah menyuruh ketua puak atheis tersebut menge"check" jarinya. Imam Abu Hanifah bertanya, apa yang ada sebelum ibu jari dan apa yang ada selepas jari kelingking. Jawapannya sudah tentulah TIADA ! Begitulah halnya dengan Allah S.W.T. 
Allah S.W.T. wujud dengan sendirinya, tiada yang sebelum dan tiada yang selepas Allah S.W.T. Kemudiannya, ketua puak atheis mengajukan soalan buat kali yang ke-3. Soalannya adalah apa yang Allah S.W.T. sedang lakukan sekarang ini. Lalu Imam Abu Hanifah menyuruh ketua puak atheis turun dari mimbar tempat dia berdiri. Untuk pengetahuan semua, ketua puak atheis ni suka mengajukan soalan dari atas mimbar dan membiarkan orang yang menjawab soalannya menjawab daripada bawah. Kemudian Imam Abu Hanifah mengambil alih tempat ketua tersebut di atas mimbar dan ketua tersebut berdiri di bawah. Lalu Imam Abu Hanifah dengan yakinnya mengatakan bahawa Allah S.W.T. sedamg menurunkan yang batil dan menaikkan yang hak seperti turunnya ketua puak atheis dari atas mimbar dan naiknya Imam Abu Hanifah ke atas mimbar.

Begitulah cerita yang Fareez dengar daripada ustaz dalam sesi SC petang tadi. Harap dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca dan diri saya sendiri.
 Wallahu'alambissawab...

ASSALAMUALAIKUM <3

No comments: